RSS

Daily Archives: 8 Mac 2012

SYAIR KANDA UNTUK ADINDA

ASSALAMUALAIKUM

Wahai adinda..dikau satu dihati,
Janganlah marah jugalah sedih,
Cinta kanda tiadalah terperi,
Kepada adinda sudahnya mati.

Duhai cintaku manisnya jelita,
Baiknya hati tiada taranya,
Tidak mampu kanda berkata,
Ganjaran Allah jua layaknya.

Sayang kanda pada adinda,
Tidak terluah dek kata-kata,
Cacat cela kekurangan kanda,
Mohon diampun oleh adinda.

Penat lelah pengorbanan dinda,
Jazaakillah ucapan kekanda,
Setiap peluh menitik ke dada,
Semoga Allah memberi pahala.

Dahulu kanda sebatang kara,
Tiada tempat mengadu duka,
Datang dinda umpama cahaya,
Menyinari hidup jadi ceria.

Ya Allah Tuhan Yang Maha Satu,
Tempat tumpuan segala makhluqat,
Kerana mu Ya Allah kami bersatu,
Redhailah kami dunia akhirat.

Advertisements
 
3 Komen

Posted by di 8 Mac 2012 in syair

 

Label: