RSS

PERMAIDANI MEWAH VS SEJADAH USANG

06 Mar


Kadang-kadang kita rasa hendak geleng kepala apabila memikirkan tajuk di atas. Itu belum lagi difikirkan pasal pakaian berjenama yang bertimbun dalam almari.
Pernah sekali sahaya pergi ziarah ke sebuah rumah yang dihampari permaidani mewah. Lembut dan gebu terasa di tapak kaki. Terbayang difikiran ‘tentu mahal’ harga permadani import ni. Bila waktu solat maghrib hampir tiba, saya minta sehelai sejadah untuk menunaikan solat. Agak lama juga tuan rumah mencari-cari. akhirnya terjumpa sejadah itu dalam sebuah almari kecil.
Sejadah itu nampaknya sedikit usang. Nampak sangat tiada niat untuk menggantinya dengan yang baru. Meskipun sejadah itu harganya hanya sekitar belasan dan puluhan ringgit sahaja jika hendak dibandingkan dengan permaidani yang berharga ratusan bahkan ada yang ribuan ringgit.

zam zam alla kazam

Itu belum lagi hendak dikirakan pakaianya yang penuh berlambak dalam almari dengan pelbagai fesyen dan jenama. Tapi kain sarung solatnya pula hanya ada beberapa helai, itu pun sudah bertahun tidak diganti.
Oh sayang sekali, itulah reality kebanyakan orang zaman canggih ini. Hanyut dalam kesenangan dunia yang palsu. Sangat ramai muda mudi yang tak sembahyang, tak kurang juga yang pakcik dan makciknya. Orang hanya hendak ingat dan mendekatkan diri kepada Tuhan hanya ketika susah dan terdesak sahaja. Sedangkan Allah terus menerus menjaga dan tidak melupakannya.

Ya Allah! jadikanlah kami orang yang tahu bersyukur….

 
Tinggalkan komen

Posted by di 6 Mac 2012 in tazkirah

 

Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: