RSS

MARI KITA BERMENONG SA-JENAK

29 Feb


Wahai sekelian sahabat dan saudara pembaca, hari ini sukalah manira mengajak antum semua sejenak untuk sama-sama mencari ketenangan minda dari kesibukan dunia fana yang yang saban hari tak berkesudahan.
Seharian melakukan kerja dengan tanpa henti sudah tentulah akan mengundang kepenatan. Orang yang pandai mengatur waktunya, tentu sekali tidak akan menafikan hal ini. Walau seberat manapun pekerjaan itu, kita tidak boleh bekerja terus menerus dengan tanpa henti macam robot. Robot pun akan rosak jika sentiasa beroperasi tanpa henti. Kerana ada saatnya kita perlu berhenti dan berehat.
Sekiranya kerja yang berat itu diteruskan juga, maka janganlah kita menyangka bahawa kerja itu akan siap dan sempurna.
Kerana pada waktu itu otak kita sudah mulai lemah dan badan pula sudah keletihan. Jadi untuk mendapatkan hasil yang baik dan bermutu, kerja yang berat itu hendaklah dihentikan dahulu buat seketika. Fikiran mesti ditenteramkan dan badan perlu dijana kembali tenaganya.

Apakah cara yang paling mujarab untuk merehatkan minda fikiran kita?
Pada fikiran manira, maka tidak ada satupun cara yang lebih mujarab untuk merehatkan minda dan badan kita melebihi dari sembahyang lima waktu. Semasa menunaikan sembahyang, hendaklah kita lupakan semua urusan dunia. Hadaplah semua ingatan dan fikiran sepenuhnya 100% kepada ZatNya Yang Maha Esa.
Perhatikan semua bacaan dalam sembahyang. Alangkah murni dan indahnya bacaan-bacaan itu. Dan betapa dekatnya kita dengan Allah Taala pada di waktu itu.

Selesai dari sembahyang, duduklah bermenong tafakkur barang sa-kejap. Mohonlah kepada SANG AGUNG ketika itu akan hidayah dan taufiknya untuk menghadapi hiruk pikuk dunia ini. Maka insyaallah akan jernihlah hati dan tenanglah fikiran kita. Dan terbukalah buah dan idea2 yang baru buat kita.
Selepas itu bolehlah kita kembali menyambung kerja yang belum selesai itu tadi. Tentu akan muncul pelbagai idea dan buah fikiran yang baru dan bernas.

 
4 Komen

Posted by di 29 Februari 2012 in tazkirah

 

Label:

4 responses to “MARI KITA BERMENONG SA-JENAK

  1. kialjr65.com

    1 Mac 2012 at 09:16

    Reblogged this on KUkial_Jr@com.

     
  2. Baba Syarif

    1 Mac 2012 at 09:16

    Reblogged this on Ansar As-Sunnah.

     
  3. Langlantau

    7 Disember 2014 at 09:16

    Salam buat Guru yg mulia..memang benarlah pandangan Tuan, seperti kata2 para sahabat Nabi, “kami semua kalau penat bekerja maka kami akan berehat dengan mengerjakan solat”..

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: