RSS

TAMING SARI – Antara Mitos dan Realiti – Petikan Dari Berita Harian

11 Feb


Keris tersohor di alam Melayu lambang kebesaran Diraja Kesultanan Perak

KERIS iaitu sejenis senjata pendek yang digunakan untuk mempertahankan diri sejak lebih 600 tahun dulu tidak dapat dipisahkan daripada warisan galur bangsa.

Senjata unik di dunia Melayu ini boleh didapati di kawasan berpenduduk Melayu seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, selatan Thailand; Mindanao, Filipina serta Brunei dengan nama yang digunakan untuk senjata ini berbeza mengikut daerah.

Misalnya, di Mindanao ia dikenali sebagai sundang manakala di Bali dipanggil kedutan, Jawa Barat menggelarkannya kujang serta penduduk Sumatera merujuk keris sebagai kareh.

Dipercayai perkataan keris berasal daripada bahasa Jawa Kuno iaitu malang kerik yang bermaksud bercekak pinggang. Ini merujuk kepada figura orang bercekak pinggang pada hulu keris pada peringkat awal.

Selain digunakan untuk mempertahankan diri ketika bersilat, keris juga menjadi alat kebesaran diraja atau lambang kedaulatan Melayu. Dalam ratusan jenis senjata ini, keris tersohor yang paling dikenali ramai pastinya Taming Sari.

Sebut saja Taming Sari, rata-rata semua orang teringat kepada pahlawan Melayu Melaka, Hang Tuah, begitulah sebaliknya. Gabungan Taming Sari dengan Hang Tuah sangat sinonim dengan sejarah dan kebudayaan Melayu.

Apabila timbul isu bahawa pahlawan Melayu, Hang Tuah sebenarnya tidak wujud seperti yang dipertikaikan sesetengah pihak, maka timbul persoalan sama mengenai kewujudan keris Taming Sari.

Benarkah keris Taming Sari itu wujud atau sekadar mitos untuk mengukuhkan lagi kewujudan Hang Tuah? Rona minggu ini mendapatkan pandangan sejarahwan yang juga pakar keris dan Muzium Perak bagi merungkai persoalan itu.

Pensyarah Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM), Mohd Ramli Raman berkata, keris Taming Sari banyak diceritakan dalam Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu serta beberapa manuskrip alam Melayu yang lain.

Mohd Ramli berkata, apa yang jelas, keris Taming Sari memang wujud dan menjadi alat kebesaran Kesultanan Perak. Malah, berdasarkan rupa dan ciri yang ada pada keris Di Raja itu, senjata ini memang asli dan berasal dari abad ke-14 kerajaan Majapahit.

Malah, beliau berkata, beberapa manuskrip lama yang ditemui juga menceritakan mengenai keris berkenaan dan terbukti senjata itu memang wujud serta masih terus terpelihara sebagai peralatan Diraja Perak.

“Keris Taming Sari mendapat nama daripada hulu balang Jawa pada pemerintahan kerajaan Majapahit seperti yang ditulis dalam Sejarah Melayu mahupun Hikayat Hang Tuah serta manuskrip lain. Tidak kiralah sama ada benar wujudnya pendekar Taming Sari itu atau tidak, namun keris itu memang ada.

“Mengenai keaslian pula, mengapa perlu dipertikaikan kerana senjata berkenaan adalah alat kebesaran Diraja Perak. Ia benar wujud dan asli kerana ciri yang ada termasuk jenis logam yang digunakan memang terbukti sejak lebih 600 tahun dulu,” katanya.

Mohd Ramli berkata, banyak mitos dikaitkan dengan keris berkenaan, namun mitos itu adalah kepercayaan. Jadi, soalnya, mengapa perlu diketepikan kepercayaan itu.

Menceritakan sejarah keris tersohor itu, beliau berkata, mengikut Hikayat Hang Tuah, keris berkenaan mendapat nama daripada nama pemilik keris itu, hulubalang Majapahit, Taming Sari.

“Selepas pertarungan antara Majapahit dengan Hang Tuah, yang mana kemenangan berpihak kepada Hang Tuah, keris itu dihadiahkan Ratu Majapahit dengan Sultan Melaka dan kemudian diserahkan kepada Hang Tuah.

“Selepas kegagalan Hang Tuah meminang Puteri Gunung Ledang, beliau menyerahkan keris itu kepada Tun Mamat untuk diserahkan kembali kepada Paduka Raja.

“Namun, yang pastinya saya melihat keris Taming Sari adalah lambang kewibawaan, kekuasaan, darjat, rezeki dan mempunyai pengisian serta spiritual di dalamnya,” katanya.

Mohd Ramli berkata, selepas keris Taming Sari diserahkan kepada Hang Tuah, kerajaan Majapahit tumbang manakala Melaka menjadi lebih maju dan terkenal di mata dunia.

“Selepas keris diserahkan kepada Sultan Melaka tetapi dibawa Tun Mamat ke Riau, maka berlaku kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka dan apabila ia dibawa ke Perak, ‘roh’ atau spiritual Taming Sari melonjakkan Kesultanan Perak sehingga hari ini,” katanya.

Pantang larang Taming Sari

RIWAYAT dan kisah pertarungan hebat antara lagenda pendekar Melayu terulung, Hang Tuah dengan pahlawan Jawa dalam kerajaan Majapahit, Taming Sari akhirnya menzahirkan kewujudan keris teragung dalam sejarah ketamadunan Melayu iaitu Keris Taming Sari.

Mengambil nama sempena pahlawan hebat kerajaan Majapahit itu, Taming Sari dianggap keris sakti hingga menjadikan pemiliknya tidak lut ditujah senjata tajam. Malah, cerita silam mengisahkan pemilik asal keris itu, Taming Sari akhirnya mati di tangan Hang Tuah selepas ditikam keris berkenaan.

Kehebatan senjata itu tidak pernah terhenti diperkatakan sehingga kini, apatah lagi ia sering dikaitkan dengan Hang Tuah iaitu laksamana Melayu yang terkenal dengan ketaatan serta kesetiaannya kepada raja.

Namun, kebelakangan ini ada pula yang seakan menolak kewujudan Hang Tuah dan pada saat itu, Taming Sari yang tersimpan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak, menjadi bukti kewujudan pahlawan Melayu tersohor itu. Masakan tidak, Hang Tuah dan Taming Sari begitu sebati dalam sejarah Melayu.

Sumber dari laman rasmi Pejabat Sultan Perak menyatakan keris berkenaan diselaputi dedaun emas manakala sarung atau hulunya juga diperbuat daripada emas serta dipercayai adunan daripada 20 jenis besi yang sebahagiannya adalah serpihan besi ganggang pintu Kaabah.

Pemiliknya bukan saja tidak lut senjata lawan, senjata dipercayai berusia lebih 500 tahun itu dikatakan berupaya berlegar di udara ketika mengejar musuh. Taming Sari juga dipercayai mempunyai kuasa untuk memberi petunjuk jika Perak bakal dilanda sebarang musibah atau bencana.

Kelebihan dan keistimewaan keris itu turut dibuktikan dengan kajian Muzium Perak yang mendapati keris Taming Sari memang wujud kerana senjata itu menepati ciri-ciri yang diperlukan, termasuk gambar rajah pada Manuskrip Taming Sari bertulisan jawi kuno mengandungi zikir dan amalan perang amalan Tariqat al-Shazilliah yang dipercayai ditulis pada abad ke-15.

Walaupun wujud pertikaian mengenai keaslian Keris Taming Sari yang kini tersimpan rapi di Istana Iskandariah, Pengarah Muzium Perak, Nor Jannati Ibrahim memberitahu Rona bahawa keris itu asli dan bukan replika seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Keris Taming Sari yang sebelum ini pernah dipamerkan di Galeri Sultan Azlan Shah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar adalah simpanan dan warisan Sultan Perak. Jadi ia menjadi satu daripada alat kebesaran Diraja negeri ini. Malah, senjata itu hanya boleh dipamerkan kepada umum selepas mendapat perkenan daripada Baginda Sultan Perak sempena Hari Keputeraan baginda.

“Lagipun keris berkenaan sudah menjadi hak Kesultanan Perak yang sah sejak 1528 selepas diwariskan Sultan Melaka, Sultan Mahmud Syah I kepada Sultan Perak pertama iaitu Sultan Mudzaffar Shah,” katanya.

Walaupun ketulenan atau keaslian keris berkenaan masih dalam kajian berterusan dilakukan pihak, tetapi Muzium Perak mempertahankan Keris Taming Sari itu adalah asli dan menjadi satu daripada alat kebesaran Diraja Perak.

“Kebanyakan tohmahan timbul disebabkan generasi hari ini terlalu terdedah dengan maklumat atau fakta diperoleh daripada pelbagai sumber kurang tepat. Mereka hanya mendengar maklumat daripada sebelah pihak tanpa mengkaji sendiri sejarah sebenar Keris Taming Sari serta warisan alat kebesaran diraja itu.

“Disebabkan itu, muzium negeri secara berterusan akan mengadakan pameran berkaitan peralatan bersejarah seumpama itu untuk memberi penjelasan kepada rakyat,” katanya.

Biarpun pelbagai dakwaan dan pandangan dikemukakan mengenai kewujudan keris sakti ini, Taming Sari yang juga keris kuasa atau bawar menjadi lambang kedaulatan Kesultanan Melayu Perak kini disimpan rapi bersama 26 alat kebesaran Perak lain dalam sebuah peti besi khas di istana berkenaan.

Berikutan senjata itu mempunyai ‘kuasanya’ tersendiri, beberapa ‘penjaga’ alat kebesaran Perak mendakwa ada pantang larang yang perlu dipatuhi sepanjang mengendalikan atau membawa Taming Sari.

Antaranya, keris keramat itu tidak dipamerkan di dalam kotak kaca di ruang legar galeri secara bersendirian sebaliknya disertakan dengan keris Seri Gading sebagai ‘peneman’.

Dikatakan, keris Seri Gading yang juga salah satu alat kebesaran Kesultanan Melayu Perak itu diletakkan di hadapan Taming Sari sebagai ‘penawar’ dan ‘pendinding’ kepada keris terbabit daripada anasir yang berniat buruk terhadapnya.

Kesimpulan, walaupun ada pelbagai versi mengenai Taming Sari, rakyat Malaysia harus berbangga dengan memiliki seni warisan yang penuh dengan sejarah bahkan apa yang diwarisi adalah setanding dan diiktiraf negara luar.

 
38 Komen

Posted by di 11 Februari 2012 in senjata melayu

 

Label:

38 responses to “TAMING SARI – Antara Mitos dan Realiti – Petikan Dari Berita Harian

  1. labu

    12 Februari 2012 at 09:16

    salam ustaz. mintak maaf yek. keris taming sari yg berada dalam simpanan keluarga diraja perak itu hanya lah replika semata2. tu yg sy tahu la. insyaallah kalau dah terbukti di depan mata sy satu hari nti, akan sy bgtahu siapa gerangan pemegang amanah keris milik arwah datok laksamana hang tuah ini. ;p

     
    • Abdullah Abdurrahman

      12 Februari 2012 at 09:16

      Tu la aku tak percaye kepadac sume ni, mengarut belaka.

       
      • mat

        15 Mei 2012 at 09:16

        tak percaya sudah le cik dolah..hi..hi

         
    • tokuban78

      13 Februari 2012 at 09:16

      Mengenai keaslian pula, mengapa perlu dipertikaikan kerana senjata berkenaan adalah alat kebesaran Diraja Perak. Ia benar wujud dan asli kerana ciri yang ada termasuk jenis logam yang digunakan memang terbukti sejak lebih 600 tahun dulu,” Walaupun wujud pertikaian mengenai keaslian Keris Taming Sari yang kini tersimpan rapi di Istana Iskandariah, Pengarah Muzium Perak, Nor Jannati Ibrahim memberitahu Rona bahawa keris itu asli dan bukan replika seperti yang didakwa sesetengah pihak. jika sedara kata keris yang ada dlm simpanan kesultanan perak itu adalah replika, ini bermakna menuduh sultan sebagai berbohong. adakah layak begitu?

       
    • zaidi

      17 Ogos 2012 at 09:16

      saya setuju dng pandangan en labu,saya rasa en labu banyak tahu tentang keris dan pejalan salasilah negeri Perak.tk

       
  2. Mahathir

    12 Februari 2012 at 09:16

    Salam Ustaz. Entah mungkin perasan atau mainan mata..Saya nampak keris ni macam lok 6. Rujuk pada gambar no.1 dan no.2

     
  3. Muhammad

    13 Februari 2012 at 09:16

    “Kelebihan dan keistimewaan keris itu turut dibuktikan dengan kajian Muzium Perak yang mendapati keris Taming Sari memang wujud kerana senjata itu menepati ciri-ciri yang diperlukan, termasuk gambar rajah pada Manuskrip Taming Sari bertulisan jawi kuno mengandungi zikir dan amalan perang amalan Tariqat al-Shazilliah yang dipercayai ditulis pada abad ke-15.”

    Ustaz, klu begitu pemilik asal keris tersebut, taming sari beragama Islam? Klu sungguh pun beliau beragama Islam masakan keris beliau diperbuat dgn campuran besi2 termasuk besi pintu kaabah dan juga emas?

     
    • tokuban78

      13 Februari 2012 at 09:16

      sedara jgn salah faham, manuskrip tu bukan karangan taming sari, bahkan karangan seorang ulama. hanya org skang letak nama mauskrip tmg sari. dlm manuskrip tu ada lakaran sebilah keris yg tertera di bwhnya perkataan ” keris hang tuah harganya sebuah negeri atau sebelah negeri charita taming sari” yang dipercayai sebgai keris taming sari..dikatakan ciri2 keris tmg sari yg dicatatkan dlm manuskrip tersebut ada pada keris tmg sari dlm simpanan kesultanan perak wallahua’lam.

       
  4. anon

    15 Februari 2012 at 09:16

    Menurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Kekuasaan Orang Asli dalam pemerintahan Melaka serta kerajaan-kerajaan melayu yang lain mengalami kemerosotan dengan kematian ketiga-tiga tokoh ini. Pendapat ini dipetik dari Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London 1906 karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden.

    Andaya juga memetik pendapat Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai yang mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli. Hang Tuah ialah Orang Jakun (Winstedt, 1935). Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Hulu Perak selepas kematian Hang Jebat.

     
    • tokuban78

      15 Februari 2012 at 09:16

      “takkan melayu hilang didunia” itu pula kata2 siapa yang sebenarnya jika hang tuah bukan melayu?

       
  5. adypetra

    15 Februari 2012 at 09:16

    salam. janganlah kita orang melayu diperbodohkan oleh fakta sejarah yang telah diputar belitkan oleh bangsa bangsat penjajah british…apakah orang asing itu lebih tahu akan sejarah susur galur keturunan dan kerahsiaan bangsa melayu?..orang melayu lebih tahu akan rahsia dan sejarah bangsa dan keturunannya sendiri dan tidak perlu kepada pendapat dan merujuk kepada bangsa asing.

     
  6. al-rashid

    15 Februari 2012 at 09:16

    sejarah yg ‘dicipta’ penjajah,byk menghina bangsa melayu

     
  7. wan

    16 Februari 2012 at 09:16

    kalau kita bljr ilmu mustolah hadis,ia byk syarat menjadikan kesahihan cerita.di antara syarat yg perlu di ambil perhatian untuk membenarkan bahawa cerita itu betul ialah,perawi seorang yg adil dan cerdik.kebanyakan sejarah melayu kita di ambil dr mulut org tua2.so,fikir dan renung2.

     
    • tokuban78

      16 Februari 2012 at 09:16

      sejarah ini bukan tandingannya yang hendak dibangdingkan dgn hadis Nabi saw.

       
  8. Amir Hamzah Abdul Hamid

    16 Februari 2012 at 09:16

    Antara org yg mengatakan Keris Taming Sari kepunyaan Kesultanan Perak itu bersakti adalah:-

    1-Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman Mahaguru Gayung. Dia pun jadi semacam (tak tentu hala) apabila keris tersebut diletakkan ke atas bahunya semasa upacara anugerah darjah Datuk di Istana Iskandariah.

    2-Utk pembuktian yg lain pula. Kena cari volunteer utk pegang keris tu sisip di pinggang ke, lepas tu pangggil volunteer ke dua suruh rodok volunteer pertama dgn lembing. Volunteer pertama hendaklah org yg percaya itu adalah sebenar2 keris Taming Sari manakala volunteer ke dua adalah org yg tak percaya itu keris Taming Sari.

    Kita lihat apa yg berlaku jika volunteer pertama tembus terburai perut maka sahlah itu bukan keris Taming Sari dan jika perut volunteer pertama tidak tembus maka sahihlah itu keris Taming Sari yg terkenal itu. Kerana itulah antara sifat dan kriteria utama keris itu sehingga nama Perajurit Tua Taming Sari lekat pada keris itu.

    Ada berani?

     
    • Abdullah Abdurrahman

      22 Februari 2012 at 09:16

      Aku rasa Hang paling sesuai jadi volunteer pertama, aku jadi volunteer kedua.

       
      • Amir Hamzah Abdul Hamid

        27 Februari 2012 at 09:16

        Sebenarnya cadangan saya di atas tu belum selesai lagi. Agak tidak adil jika hanya perut volunteer pertama aje asyik asyik dirodok dgn lembing. Sebaiknya perut volunteer pertama dan kedua hendaklah dirodok secara serentak. Rodok merodok. Takkan nak suruh volunteer pertama shj ambik risiko.

        Ada berani?

         
  9. Temim

    29 Februari 2012 at 09:16

    test pakai jarum je, pegang keris tu try cucuk jarum, ada masuk tak jarumnya, klu dapat kat geng tarik duit, kebok dia wat gi proses….hehe…..

     
  10. hamba dagang

    4 Mac 2012 at 09:16

    Salam. Keris Taming sari matanya bukan dari besi. kalau yg ada di istana perak itu matanya dari besi itu palsu. kenapa taming sari begitu power sebab ia bukan di perbuat dari besi. cari lah rahsianya.

     
  11. adypetra

    4 Mac 2012 at 09:16

    salam hamba dagang, apa bukti kata-kata tuan itu? adakah keris itu dari kayu?

     
    • hamba dagang

      7 Mac 2012 at 09:16

      keris taming sari sudah balik pada Taming Sari. yg di istana perak itu palsu.

       
  12. bilahkarat

    8 Mac 2012 at 09:16

    Yang saya dengar, zaman dulu keris dibuat secara berpasangan. Jadi keris di istana perak itu adalah pasangan taming sari, manakala taming sari yang asal telah disimpan di alam ghaib

     
  13. bilahkarat

    8 Mac 2012 at 09:16

    Saya ada satu teori. Sebenarnya keris taming sari hanyalah keris biasa,tak lebih dari sebilah senjata untuk bertempur. Yang hebat dengan segala isian kebatinan adalah pemiliknya sama ada Penjurit Taming Sari atau Hang Tuah. Perkara ini telah diberitahu secara kiasan oleh Tan Sri P Ramlee dlm filem Nujum Pa’ Belalang, iaitu kehebatan hang tuah adalah pada namanya Tuah, iaitu pada dirinya sendiri sebab Hang itu gelaran pemberian Sultan. Manakan logik segala kehebatan kebatinan terletak pada sekeping besi dan kayu,sedangkan manusia itu yang menanggung amanah Allah di mukabumi. Atas sebab itu saya percaya Taming Sari di Istana Perak adalah Taming Sari sebenar.

     
  14. no_name

    9 Mac 2012 at 09:16

    mcm katun..merapu hala habis..belambak ilmu yg boleh belajaq pulun nk belajaq yg tk kena gaya jadi kurang ajaq.. islam cari ilmu la sudah,dok pulun nak berkapit dgn jin tu cari penama.. ingat tok nenek megah ank cucu yg dpt susah..

     
    • tokuban78

      9 Mac 2012 at 09:16

      ilmu dunia harus dipelajari, ilmu agama wajib dipelajari..jgnlah takbur dgn sezarah ilmu yg dimiliki..

       
  15. Rol

    9 Mac 2012 at 09:16

    Walaupun aku kurang nak percaya cerita keris Taming Sari ni, tapi Secara logiknya, kekuatan Taming Sari ini bergantung kepada Ilmu Pendekar itu sendiri, bukan semua orang akan rasa kuat apabila memegang Taming Sari tu. Contoh aku diberi Senjata tentera M16 tetapi aku tiada ilmu cara2 menggunakannya, sudah tentu M16 ni tak berfungsi. Jadi, apakah ilmu Pendekar Hang Tuah dan Pendekar Taming Sari miliki ?

     
  16. Ibnu Nashir

    18 Mac 2012 at 09:16

    betol tu, sebenarnya manusia pendekar, panglima dulu2 dan kini ada tiga peringkat :

    1.Hulubalang Allah
    2.Hulubalang Hikmah
    3.Hulubalang Dunia

    yang paling hebat Hulubalang Allah iaitu Para Nabi dan Rasul serta Sahabat juga para Waliyullah.( ALLAH SENDIRI YANG MENJADI TANGAN YANG MEMUKUL DENGANNYA, KAKI YANG BERJALAN DENGANNYA……….ILAL AKHIR AL-HADIS- antara maksud hadis, sila rujuk Matan Hadis 40 Imam Nawawi )
    kedua Hulubalang Hikmah.iaitu para kiyai atau haji yang beramal dengan Zikrullah dan Riyadoh Khalwat khadam ayat,( ada juga mereka ini bertaraf Waliyullah.)
    ketiga Hulubalang Dunia iaitu mereka yang bertaraf awam dalam ilmu agama tetapi hebat dalam ilmu Kependekaran serta mashur mengamalkan mantera melayu(dibolehkan asal tiada perkataan syirik didalamnya), pun begitu mungkin ada juga Zikrullah, apa yang pasti mereka ini tidak mendalam Ilmu Agama mereka sekadar amal agama Fardhu ‘Ain untuk diri mereka sahaja.( SYARAT MENJADI WALIYULLAH MESTI MENGUASAI ILMU AGAMA YANG MENDALAM IAITU, SYARIAT,THORIKAT, HAKIKAT DAN MAKRIFAT)
    soal Hang Tuah ambo x pernah dengar dia hebat dari segi ilmu agama, baktinya taat kepada raja, soal keris bertuah ada doh Tok Uban 78 royak, dari segi pamor, parang patah , itu semua adalah ilmu hikmah sebagaimana besi itu sendiri adalah unsur mistik ( bukan dari bumi ) silakan semak surah Al-Hadid ayat 25.begitu juga tentang batu2 an permata yang ada khasiat mistik seperti besi kursani, delima dll yang mana ada diterangkan bahawa ( Tidak dijadikan sesuatu dengan sia2 )
    ditambah pula isian2 samada khadam dari berbagai jenis ARWAH ‘ALIYYAH ATAU SUFLIYYAH

    WALLAHU’ALAM.

     
  17. mat

    2 Mei 2012 at 09:16

    sapa yang bangkang 2 melayu bodoh,ckap komunis nasrani yahudi percaya plak.

     
  18. Azman Majid

    12 Julai 2012 at 09:16

    Assalammualaikum…terlebih dahulu saya memohon maaf andai kata2 dan pandangan saya tidak dipersetujui oleh banyak pihak yang turut memberi komen di dalam ruangan ini. Keris Taming Sari hanyala sebilah keris. Berhubung kesaktian yang dimiliki, saya tak berani nak komen atau memberi sebarang cadangan untuk membuktikan ianya asli atau tidak tapi saya percaya ianya adalah keris yang sebenar. Saya bersetuju dengan salah satu komen di atas menyatakan bahasa keris tetap keris dan pemilik keris berkenaan mungkin seorang yang berilmu. Sebab pada masa dahulu, ramai orang melayu yang mengamalkan ilmu yang salah dan meletakkan kunci kepada ilmu tersebut pada sesuatu tempat di badan mereka sebagai pantang larang atau sesuatu benda penebat kepada ilmu terbabit. Walaupun saya tidak percaya pada perkara sebegini tapi saya juga pernah mempelajari ilmu silat dan antara gabungan ilmu yang ada digabungkan dengan penggunaan senjata memang saya akui adakalanya dengan izin tuhan ianya berlaku malah secara lojiknya senjata harus menembusi badan tapi sebaliknya tidak. Maaf kalau saya salah tapi secara jujur saya mempercayai kewujudan Keris Taming Sari dan keaslian keris berkenaan x perlulah dipertikaikan lagi. Siapalah kita untuk menilai kesahihannya sedangkan intrakota juga wujud pada waktu yang tak betul dan sering dipertikaikan kisahnya tapi kita nampak dan percaya dengan mitos dan kisahnya. Wallahhualallam

     
  19. zakaria

    30 Julai 2012 at 09:16

    keris tamingsari mempunyai tujuh luk dan ianya disimpan oleh hang tuah. di istana sultan perak itu ialah keris parungsari kepunyaan sultan melaka.kehebatan parungsari ialah keris ini dapat memberitahu pada sultan akan malapetaka yang akan menimpa negeri tersebut.ianya juga boleh mengelak sebarang wabak penyakit melanda negeri jajahan tersebut dengan sedikit zikir dari empunya keris(DYMM)sultan yang memerintah.keris tamingsari itu hulunya cuma kayu berbentuk jawa demam jenis kerdas.sarungnya bentuk tebeng layar. wallahhuallam..

     
    • tokuban78

      1 Ogos 2012 at 09:16

      setahu saya antara ciri-ciri keris parung sari ialah berlok 13, adakah yang di istana perak tu loknya 13?

       
  20. zaidi

    17 Ogos 2012 at 09:16

    keris yang ada di perak adalah balong sari,siapa setuju?

     
  21. labu

    21 Ogos 2012 at 09:16

    wallahualam. yg sy tahu keris taming sari lok nya 3 sahaja. erm.. mgkn balong sari atau parung sari.. dengor cerita ade jantan betina nya. ;p

     
  22. anak perak

    7 September 2012 at 09:16

    Salam…maap la klo sy nk menyelit..cbe la korang pikir n sedo dri yg korang tu sper nk ckap bebkn sal barang kebesaran sultan.korang ni nk jd derhaka ke ape?klo korang pndai sgt knp xjd sejarahwan?klo korang pandai ckp ad brape lok tunjuk la beb..jgn pndai sembang jer beb..klo sembang sper pn bley ar..DAULAT TUANKU..

     
    • el

      1 Januari 2013 at 09:16

      derhaka?? hihihihi..

       
  23. Azizi Zy

    28 September 2012 at 09:16

    Pengarah Muzium Perak, Nor Jannati Ibrahim memberitahu Rona bahawa keris itu asli dan bukan replika seperti yang didakwa sesetengah pihak.klo keris tu x asli kenapa keris Seri Gading kene letak bersame dgn taming sari?? cer pikir..xde keje nk letak saje2 kt situ

     
  24. jasonkings akan josh sorroh

    15 Februari 2013 at 09:16

    itu kisah keris pun mahu perbesarkan ker…

    apa tiada kuasa pada keris tersebut…,
    jika pada nama Tuah semata mata… bagaimana dengan Jebat-
    jika Hang kurnia sultan melaka.. bagaimana dengan nama tuah jebat dan yang lain lain …

    semasa jebat mengamuk…siapa yang dapat kalahkan jebat … kerana itu keris ada pada nya si jebat.. betul ker apa yang sy ceritakan…

    keris itu sebenar nya tiada apa apa kuasa melainkan kadamnya yang berpenhuni di keris tersebut.. 3 hari 3 malam bertarung … apa yang mereka cuba ungkaikan….
    mereka berdua berbincang bagaimana nak selesaikan kemelut itu ….
    akhir jebat mengalah… di tusukkan dirinya sendiri ….. dan ada perjanjian di situ … tiada org yang boleh melihat mayat jebat . betul ker.. di mana jebat di kebumikan…?? persoalan demi persoalan…

    masakan saudaranya membunuh saudaranya sendiri …. atas perintah di raja.. boleh ker hang tuah berlaku adil dan amanah ….
    di situ timbul pelbagai pertanyaan…??

    hang tuah ada yang berkata berasal dari tanah Arab..

    keris sebenar keris sudah pulang ke alamnya…

     
  25. testing

    7 Julai 2014 at 09:16

    Whats up very nice blog!! Man .. Beautiful ..
    Superb .. I will bookmark your blog and
    take the feeds additionally? I’m satisfied to seek out a lot of
    useful info right here in the publish, we want work out more strategies in this
    regard, thank you for sharing. . . . . .

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: