RSS

TAKBUR (angkuh) ATAU UJUB (bangga diri) ? KEDUA-DUANYA TETAP TERCELA, HARAM DAN BERDOSA BESAR

02 Oct


Satu peringatan buat diri sendiri, kawan-kawan, rakan-rakan, sahabat-sahabat ,para pembaca, guru silat, pesilat, tokdekar, hulubale, tok bomoh, tok pawang, muaalij dan setiap manusia lelaki atau perempuan, yang muda atau yang tua, yang masih bujang atau telah berkahwin agar mencegah dan menjauhi diri dari sifat yang terlaknat ini. Satu sifat yang menyebabkan iblis laknatullah menjadi makhluk terkutuk. Terkadang manusia tidak sedar dan lupa diri bahawa dirinya terasuk dengan sifat paling hina ini. bak kata ” semut seberang laut dia nampak, tapi gajah sebelah mata dia tak nampak”. Satu sen pun tak ada untungnya jika suka meninggi dan membanggakan diri, bahkan perbuatan itu boleh menambahkan murka Allah dan menambahkan bencinya manusia. Apakah kita rela jiwa kita didiami oleh najis yang paling jijik dan busuk ini? bersihkan diri dari sifat yang menjadi racun kepada hati ini.

TAKBUR atau dengan kata lain meninggi diri,bangga,sombong, dan dalam dialek kelantan ia disebut ‘hagah’ atau ‘kecek besar’ dan seumpama dengannya .Banyak sebab yang boleh membawa seseorang kepada sifat takbur atau menyombongkan diri.Antara sebabnya ialah :

  • Nasab Keturunan.
  • Kuasa Pemerintahan.
  • Kecantikan.
  • Kekayaan.
  • Kelebihan Ilmu.
  • Banyak pengikut.
  • Banyak Ibadat
Kita boleh menghindari sifat takbur ini dengan cara :
  • Mengamalkan sifat tawaduk atau rendah diri dengan membanyakkan pergaulan dengan semua peringkat ahli masyarakat.
  •  Melatih diri mendengar pandangan orang lain dalam segala hal.

 UJUB : Sifat ujub nie lebih kurang adik beradik dengan takbur dan riyak.Yang lainnya cuma ujub ini apabila seseorang berasa hairan dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri.
Boleh dikatakan kelebihan dari segi kecantikan,kepandaian,kekayaan dan lain-lain.
Contoh : ‘Eh..kau tengoklah diri kau ni,selekeh,apa jenis baju kau pakai nie,kampung betul.Cuba kau tengok aku nie,cantik,bergaya,wangi.haha.bla bla…..”
Lihatlah langsung tiada adab sopan,budi bahasa sehingga mengguriskan hati seseorang.
Sifat ujub ini boleh diatasi dengan sentiasa memikir bahawa tidak ada benda yang kekal di dunia ini.
Ingatlah setiap sifat boleh ditimpa keuzuran atau penyakit suatu hari nanti.Yang tinggi darjat keturunanya tidak akan dinilai disisi Allah selain takwa dan yang kaya dan kurang bersyukur mengalami bencana-bencana seperti kecurian,penculikan dan sebagainya.
Oleh itu,sama-sama lah kita muhasabah diri kita balik sebagai hamba Allah yang akan melahirkan jiwa yang murni dan bebas daripada sifat-sifat tercela ini.
Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadits:”Barangsiapa yang merendahkan diri, maka Allah akan mengangkat derajatnya. Dan barangsiapa yang sombong, maka Allah akan merendahkanya.”
Dalam hadits lain, Rasulullah SAW bersabada:”Barangsiapa yang mengagungkan dirinya dan sombong dalam cara jalanya, maka dia akan menemui Allah, sedangkan Allah akan murka padanya.” (HR. Ahmad).
INILAH SUATU NASEHAT, DARI SEORANG TEMAN KEPADA SAHABATNYA, BAHAWA JANGANLAH DIA MENABALKAN SILAT TARINYA ITU SEBAGAI SILAT YANG PALING HEBAT DAN SEMPURNA BERBANDING SILAT/ILMU BELADIRI YANG LAIN. SIFAT KEANGKUHAN INI TIDAK BERAPA LAMA AKAN MEMAKAN DIRI SENDIRI.

TANBIH : kepada yang bergelar guru silat, jurulatih silat atau pesilat ( saya juga seorang pesilat), tak kira apa sahaja jenis silatnya samaada silat zahir mahupun silat bathin, jurus…taekwando or karate dll… hentikanlah dari tabiat buruk yang suka merendah, memperlekeh, mencaci dan menghina ilmu silat orang lain. itu juga namanya takbur. setiap ilmu silat yang ada masing2 ada kelebihan dan kekurangan tersendiri, jadi lah seorang yang tawaduk, berfikiran terbuka dan berlapang dada. Hormatilah ilmu orang lain,jangan tabalkan ilmu kita sahaja yang betul dan hebat.  kerana ilmu yang benar umpama air dan air tidak akan mengalir ketempat yang tinggi. Bukan apa, kebanyakkan orang silat yang saya temui ( sebab saya pesilat), rata-ratanya ‘kecek besar’ dan ‘hagah’. kadang-kadang mereka ini tidaklah menampilkan sifat takbur, akan tetapi kata-katanya terselit keangkuhan. seperti ucapan “Silat orang lain tak bleh pakai, hanya silat aku sahaja yang hebat” atau ” ilmu orang lain tak setinggi ilmu kita ” dan berbagai lagi kata-kata yang barbaur keangkuhan yang amat meloyakan. Teringat saya pada mutiara kata almarhum Tuan Guru Hj Sulong Al-Fatani, lbh kurang katanya :-

ILMU YANG BENAR TIDAK AKAN MASUK KEDALAM HATI ORANG YANG ADA SIFAT TAKBUR”

Kata Tok Uban :-

‘JIKA KITA BERSIFAT TAKBUR MAKA KITA SERUPALAH DENGAN PERANGAI IBLIS LAKNATULLAH’

 
2 Komen

Posted by di 2 Oktober 2011 in tazkirah

 

Label:

2 responses to “TAKBUR (angkuh) ATAU UJUB (bangga diri) ? KEDUA-DUANYA TETAP TERCELA, HARAM DAN BERDOSA BESAR

  1. Baba Syarif

    5 Oktober 2011 at 09:16

    🙂 nasihat berguna….Allahu robbi…

     
  2. sunan

    30 Oktober 2014 at 09:16

    Terima kasih ustaz di atas peringatan ini…:-) insyaAllah akan dijadikan pedoman hingga ke akhir hayat…

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: