RSS

Daily Archives: 1 Julai 2011

ANAK PANAH 3 SERANGKAI


Pernahkah pembaca sekelian mendengar ilmu anak panah 3 serangkai atau anak panah berangkai? Ia antara ilmu kuno yang masih lagi tersurat di alam melayu. Tersimpan erat di dalam genggaman melayu terpilih. Kalau hendak dibariskan dengan hikmat-hikmat sulit yang lain, ia mungkin termasuk dalam barisan skuad elit Senjata Faqir.

Kenapa ia di panggil 3 serangkai atau berangkai? Soalan ini Pernah saya ajukan kepada salah seorang Guru saya yaitu Tok Sayyid Pedang Silau Hafizohullah. Kata beliau, sebatang anak panah ini kalau dilepaskan, maka ia akan menebak semua sasarannya (maksima 10 orang musuh) yang ada di depan kita. Kalau musuh kita itu 10 orang, maka sepuluh lah yang tumbang dengan izinNYA. Anak panah yang berbentuk ayatullah ini amat merbahaya dan menggerunkan para musuh. Ia dapat digunakan pada masa yang terdesak sahaja. Akan berlakulah pelbagai kerosakan dan kezaliman jika anak panah ini berada di tangan para juhala’ dan sufaha’. Wallahua’lam. siapa ada maklumat bolehlah dikongsikan di sini.tk

Advertisements
 
11 Komen

Posted by di 1 Julai 2011 in doa

 

Label:

AL-MARJAN

Marjan (مرجان) berasal dari karang laut, bahasa Inggeris menyebutnya Coral (كورال). Umum mengenalinya sebagai batuan akan tetapi ia adalah spesis bintang. Marjan berasal dari perkataan Yunani. Marjan ada disebut dalam al-Quran.

Firman Allah Taala:

يَخْرُجُ مِنْهُمَا اللُّؤْلُؤُ وَالْمَرْجَانُ (٢٢) سورة الرحمن
Ertinya: Dari keduanya keluar mutiara dan marjan.

Kata Al-Alūsī: Mutiara itu yang kecil-kecil dan yang besar adalah marjan.

كَأَنَّهُنَّ الْيَاقُوتُ وَالْمَرْجَانُ (٥٨) سورة الرحمن
Ertinya: Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.

Batu Marjan terbaik ialah Coral Rubrum (مرجان الربروم) yang meliputi pelbagai warna iaitu putih, kuning, merah muda, merah gelap dan biru. Adapun marjan berwarna hitam keemasan dinamai Coral Nagrum atau Nagur (مرجان النجروم). Banyak terdapat di pesisir laut India, Autralia dan Lautan Pasifik. Batu ini amat rapuh dan untuk mencanainya memerlukan kepakaran.

Diketahui bahawa batu marjan atau karang laut ini adalah spesis hidupan yang dilindungi kerana ia tergolong dalam kumpulan terumbu karang. Kepupusan dan kemusnahan terumbu karang akan mengganggu ekosistem hidupan laut. Namun apa kami temui dan dijual bukanlah diambil dari dasar laut melainkan dijumpai kerana terdampar di pesisir pantai dan ditemui dalm bentuk serpihan.

Adapun kelebihan batu ini kepada pemakai yang paling aula ialah kerana ia disebut di dalam al-Quran. Faedah lain ialah membaiki perjalanan darah, penyakit susah nak tidur, memberi ketenangan, menguatkan jantung, menguatkan rahim, penyakit hemophilia, kemandulan dan sebagainya. Kelebihan ini bukanlah suatu perkara syirik akan tetapi ia adalah disebut sebagai kelebihan semulajadi (الخواص الطبيعية). Kelebihan semulajadi ini diberikan oleh Allah Taala sama seperti kelebihan buah limau contoh memberi kesegaran bila memakannya. Syirik berlaku apabila kita menyakini batu ini berkuasa sepenuhnya sedangkan sepatutnya ia ada kelebihan apabila Allah mengizinkan, sama juga minum air sejuk dapat menghilangkan dahaga tapi kuasa bukan terletak pada air sejuk, kuasa terletak pada Allah namun sifat tabi’e air sejuk memang menghilangkan dahaga. Jadi hendaklah dipahami perkara ini sedalam-dalamnya sebelum menuduh orang syirik tak tentu pasal.

Batu ini kalau diletak di perut dalam memperbaiki usus dan memudahkan penghadaman serta membaiki aktiviti di dalam perut. Kalau dibuat kalung dapat menguatkan tubuh sehingga mampu menangkis hantaran sihir kepada si pemakai, sumber ini tidak dipastikan kebenarannya . Wallahua’lam.

SUMBER : ALTALHAQ.BLOGSPOT.COM

 
7 Komen

Posted by di 1 Julai 2011 in Maklumat

 

Label: