Pesan Guru

Pesan guru umpama mutiara,
Jangan dipandang remeh dan sepi,
Bila langkah turun berkelana,
Jangan dilupa membawa besi.

Besi disisip teman musafir,
Bukan tujuan membuat jahat,
Bila berdepan musuh yang getir,
Badik menjadi pengeras semangat.

Walaupun besi digenggam erat,
Tetap berlaku apa yang tersurat,
Kepada Allah jua bergantung harap,
Kerana makhluk tak punya qudrat.

Besi ditempa tujuh muharam,
Dipilih dari tujuh ramuan,
Siapakah teman siang dan malam,
Tiadalah DIA melainkan Tuhan.

Besi bukan sebarang besi,
Besi berasal dari khursani,
Berkat ALLAH berkat nabi,
Jadilah aku gagah berani

5 Komen

Filed under syair

5 responses to “Pesan Guru

  1. Oh kalau begitu berapa harga terkini untuk keris luk taming sari besi pa, luk taming sari pucuk rebung dan anak alang?

  2. Cantik sungguh pantun nya..
    Dan memiliki makna yg mendalam..saya suka sangat..

  3. Norehan Abu Bakar

    saya sedang alami bengkak kaki akibat terseliuh di bhgain buku lali kaki kanan.. izinkan sya utk mengamalkna ayat yg tok kemukakan itu.. semoga perkongsian ini dapat dijadikan panduan kpd yang memerlukannya… Insya ALlah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s