RAJA SEGALA UBAT

Selawat ini masyhur dengan nama selawat tafrijiah atau nariah. Selawat ini mempunyai tersangat banyak khasiatnya dan mengandungi bermacam-macam fadhilat bagi mereka yang sentiasa mengamalkannya. Kata Imam al-Dainuri, ‘Barang siapa menjadikan selawat ini sebagai wirid berpandukan peraturan-peraturan di bawah ini nescaya dia akan mendapat manfaatnya’:

• Dibaca 11 kali selepas solat fardhu, akan mendapat rezeki yang makmur,
• Dibaca 41 kali selepas solat subuh, akan berhasil segala maksudnya,
• Dibaca 100 kali selepas solat fardhu, berjaya mendapat apa yang dicitanya,
• Dibaca 313 kali pada mana-mana waktu, akan dapat melihat perkara-perkara yang ajaib.
• Dibaca 1000 kali setiap hari, akan terbuka kepadanya segala pintu kebajikan.

Menurut pandangan Imam al-Qurtubi, mereka yang sentiasa membaca selawat ini sebanyak 41 kali atau 100 kali setiap hari, akan hilang segala dukacitanya, dijauhkan dari segala bala bencana, luas rezekinya, kata-katanya didengar orang, selamat dari kepapaan, kasih hati manusia kepadanya dan berhasil apa yang dihajatnya, dengan berkat berkekalan beramal dengan selawat ini dengan hati yang tulus ikhlas dan yakin. Sekiranya kita ada mempunyai hajat yang besar untuk menolak bala dan hajat yang payah-payah, hendaklah dibaca selawat ini sebanyak 4,444 kali di dalam satu majlis, di atas tikar sembahyang dengan mengadap qiblat, insya Allah ditunjukkan oleh Allah Taala apa-apa yang diniatkan itu. Inilah lafaz selawatnya :

Terjemahan:
Ya Allah, anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengan berkatnya terhurai apa yang tersimpul, terlepas daripada segala kesusahan, juga ditunaikan segala hajat, dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya, yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna Engkau anugerahkan juga ya Allah, ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagiMu.
Rujukan : kitab tib

66 Komen

Filed under Uncategorized

66 responses to “RAJA SEGALA UBAT

  1. nizam

    salam tok. izin diamalkan, perlu dijazamkan ke

  2. assalamualaikum…sahabat yang mulia…saya ingin mengemuka kn satu soalan…diantara selawat yg mana afdalnya..boleh menyelinap kejiwa…malahan bole dijadikan tentera utk berjihad menangani nafsu pabila nafsu itu menyelaputi jwa kita…assalamualaikum…supaya dng kerehdaan ALLAH S.W.T saya mendapat jawapannya…salam..

    • Walaikumussalam..ambo ni ore jahil tak reti mana nak jawap hok kena dengan maksud saudara, semua selawat molek-molek belaka, pada saya yang paling afdal sekali ialah selawat yang kita baca dalam tahiyyat akhir yaitu selawat ibrahimiah….untuk maklumat lanjut saudara bleh rujuk kita Afdholul solawat ala sayyidi saadat atau saa’datuddaraini karangan Syeikh Yusuf Annabhani..dlm tu dibahas panjang lebar pasal kelebihan berbagai jenis selawat. wallahu a’lam

  3. pangeran gunung jerai

    salam sifu…slawat nie la saye pernah tnye dulu…
    mohon ijazah…al fatihah-1x

  4. Faisal

    Assalamualaikum, terima kasih tok. minta izin di amalkan ye.

  5. tok janggut

    Salam Tuan Guru,

    Mohon diijazahkan untuk diamalkan tuan, jazakallah.

  6. Azlam Teganu

    Assalamualaikum boleh tak saya nak gi dumoh tuan untuk menuntut sedikit ilmu Allah. Juga boleh saya dapatkan no telefon tuan . boleh saya telefon untuk memudahkan saya berjumpa tuan
    terima kasih

  7. Yenco

    Assalamualaikum TokUban,

    Izinkan saya serta keluarga & kenalan rapat di ijazahkan dan utk di amalkan…Terima kasih TokUban

  8. Tajul Akma Daud

    As-salam tok,
    saya jugok mintok izin diijazahkan untuk saya dan anokbini.Sekarang ni pun saya ada amalkan tp melalui pembacaan buku darulsyifa.harap kali ni dapat ijazah terus dari tokuban.terima kasih.

  9. Assalamualaikum tok..mohon ijazah bagi amalan seharian sekira di perkenan..

  10. Assalamualaikom , saya syed mansur mohon diijazahkan segala amalan. Terima kasih

  11. nur azam

    salam tokuban, saya nurazam mohon diizinkan mengamalknnya

  12. wan

    Assalamualaikum tok, mitok izing nok beramal…. semoga tok diberi pahala yg selayaknya kerana menurunkan ilmu dan memberi ijazah untuk kami semua.

  13. rozle

    Salam Tok, Semasa saya diijazahkan dulu, Guru saya hanya suruh amalkan saja tanpa banyak tanya tentang kelebihannya & kegunaannya. Sekarang barulah saya tahu, terima kasih tok.

    Walaupun saya pernah diijazahkan selawat ini dan mengamalkannya sehingga sekarang, saya mohon dari Tok untuk diijazahkan selawat ini kepada saya dan keluarga saya.

  14. rozle

    Salam,
    terima kasih tok guru, mudah2an tok guru dirahmati Allah selalu.
    Amin.

  15. rozle

    Salam Tok Guru,
    maaf tanya,
    apakah bacaannya dalam satu nafas atau pun seperti biasa?
    sebab guru saya dulu minta bacaan dalam satu nafas.

  16. wan terung 79

    salam tok,

    mohon tok ijazahkan kepada saya untuk diamalkan.

  17. agus

    Kelihatan ngawurnya………

  18. Sulaiman

    Saya pun mintak ijazah jugoklah

  19. Sulaiman

    Assalam..lupa nak bg salam tadi…. Saya pun nak mintok izin jugoklah… Sebelum ni duk amal doh selawat ni… Tapi cuma blajor dr buku..

  20. faizal

    salam tok,

    mohon tok ijazahkan kepada saya untuk diamalkan

  21. De

    Salam,

    ambo mohon tok ijazahkan utk saya amal terima kasih

  22. zul sibu

    Salam..tok..saya zul dari sibu swak, saya sllu ikut pkembangan wordpress tok nih..mohon ijazah dr tok utk saya sesi keluaga & saudara muslim sklian..syukran..

  23. royadzman

    salam tok.
    mohon diijazahkan amalan ini.
    jazakallah.

  24. Assalam TokUban..
    ambo mohon diijazahkan untuk amalan selawat ni..

  25. fakrul

    salam tok..mintak diamalkan ya

  26. awang zambry b.awg yusuf

    Salam Tok Guru,

    Mohon diijazahkan untuk diamalkan tuan, jazakallah.

  27. Mohd Shuib bin Mohd Noh

    Assalamu’alaikum Tok Ube, minta halalkan selawat yang dipaparkan untuk amalan saya sepanjang hayat.

  28. awang mat

    mohon diijazahkan untuk saya . terimaksih tuan ..

  29. Noor Azman

    salam tuan guru…
    mohon diijazahkan untuk saya

  30. ambo pon nak minta izin jugok(ijazah)

  31. mulyadi

    assalamualaikum bapak saya ingin belajar ! izin copy ya ?!

  32. din

    Salam tuan mohon ijazahnya selawat ini..tkasih

  33. din

    TKasih tuan

  34. jades

    assalamualaikum.. mohon print utk tatapan dan bacaan kami untuk mengubat penyakit. terima kasih

  35. nurul

    salam tok.sy ingin mengamalkan,mohon diijazahkan ye tok..
    terima ksh.

  36. nizam redcatz

    Assalamualaikum tok…mohon ijazah mengamalkn untuk saya dan kluarga…

  37. mohd nasir

    mohon ijazah tok…

  38. Hadi

    Salam tok. Mintak izin ijazah saya. Nak amal.

  39. musafir kota

    izin amal tok . berbanyak terimakasih .

Tinggalkan Jawapan kepada mohd nasir Batal balasan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s