RSS

Daily Archives: 12 Mac 2010

Belajar ilmu batin syirik? renungkan…

Akhir-akhir ini unsur kebatinan dalam ilmu beladiri melayu sering disalah tafsirkan oleh orang-orang melayu sendiri, bahkan ada yang melabelkannya dengan tahyul, khurafat, sesat, syirik dan lain-lain lagi. Tidak dinafikan, sememangnya ada kumpulan,perguruan silat yang bermasaalah dan menyimpang dari ajaran islam yang telah mencemarkan nama silat, tapi tak usahlah kita jadikan mereka seperti seekor kerbau yang membawa lumpur habis semua terpalit. Lapangkanlah dada kita, buang yang keruh dan ambil yang jernih, tolak yang batil ambil yang haq. Padaku silat tanpa kebatinan adalah silat yang tidak mempunyai roh, umpama seorang tua yang jika dilihat pada zahirnya masih kuat dan sihat tapi pada hakikatnya dia sudah lemah, lumpuh sendi dan tulang temulangnya.
Ilmu kebatinan ini amat mustahak dipelajari dan menjadi pelengkap kepada ilmu silat zahir (fizikal). Boleh kita ibaratkan seperti seorang pendekar yang tidak dilengkapi ilmu kebatinan, dia hebat dan kuat dari segi fizikal tapi rapuh apabila diserang secara kebatinan.
Kepada semua sahabat-sahabat penuntut ilmu kerohanian dan hikmah, suka saya ingatkan bahawa ilmu hikmat @ kebatinan ini adalah setitik daripada ilmu Allah yang maha luas dan besar. Satu ilmu yang susah hendak dicari dan dimiliki. Orang-orang yang dapat mengesan dan mempelajarinya adalah orang yang bertuah dan terpilih. Usahlah dihiraukan kata-kata dan tuduhan orang yang jahil di luar sana, yang tidak memahami dan mengerti apa-apa tentang ilmu hikmah dan kerohanian, kerana bahagian dan habuan mereka untuk ilmu ini tidak ada.
Ada syair arab berbunyi:

لا تعجل على لست تدري * فإنك بالتأني سوف تدري

“Janganlah cepat menghukum apa yang kamu tidak ketahui kerana sesungguhnya kamu akan ketahui jika berhati-hati”.

Advertisements
 
1 Komen

Posted by di 12 Mac 2010 in Uncategorized

 

Label:

SYARAT DAN ADAB MEMULAKAN AMALAN

Untuk memulakan mana-mana amalan ilmu hikmat, perlu lah kita menjaga syarat dan adab-adabnya supaya amalan kita itu lebih cepat mujarab dan mustajab. Syarat-syaratnya seperti berikut :
 Mendapat izin dan ijazah daripada ahlinya. Jikalau diamalkan dengan tanpa ijazah daripada ahlinya maka ilmu itu tidak sempurna dan pendapat kebanyakan guru-guru mengatakan ia tidak menjadi dan tidak berjaya mendapat khasiat-khasiatnya.
 Hendaklah berhenti melakukan maksiat dan menjauhi daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang agama walaupun sedikit, seperti memakan sesuap makanan yang tidak halal.
 Semasa beramal, hati hendaklah tetap ingat kepada Allah. Jangan lupa atau lalai kehadrat Allah Taala.
 Hendaklah yakin sepenuh hati, bahawa ilmu yang kita amalkan itu akan dimustajabkan oleh Allah Taala.

ADAB-ADAB
 Bersih tubuh badan dan tempat dari hadas dan najis.
 Menghadap Qiblat.
 Hendaklah segala bacaan dan doa betul huruf, susunan, kalimah dan barisnya.
 Hendaklah dihafal ilmu yang diamalkan itu.
 Buka amalan kita dengan membaca Alfatihah niat hadiah kepada baginda Rasulullah s.a.w, selawat 3 kali atau lebih dan ayat Kursi sekali. Ingat lah! Mana-mana amalan atau doa yang tidak dimulai dan disudahi dengan selawat kepada Nabi s.a.w akan terhenti antara langit dan bumi.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 12 Mac 2010 in Uncategorized

 

Label: