RSS

Untuk perhatian : Tok Wan Tumpat

No. 2 dari kiri pokcik beko picit, No. 3 dari kiri pokcik alang guling ganja iras..pengapit kiri dan kanan tu Abe lembing daun buluh,

No. 2 dari kiri pokcik beko picit, No. 3 dari kiri pokcik alang guling ganja iras..pengapit kiri dan kanan tu Abe lembing daun buluh,

16122013781

15122013780

12122013779

12122013778

 
Komentar Ditutup

Posted by di 16 Disember 2013 in senjata melayu

 

MURABBI KAMI, KAMI CINTAI..

SYEIKH YUSOF MAHYUDDIN AL BAKHOR AL HASANI

SYEIKH YUSOF MAHYUDDIN AL BAKHOR AL HASANI

SYEIKH YUSOF MAHYUDDIN AL BAKHOR AL HASANI, KETURUNAN NABI MUHAMMAD SAW. SEBELAH CUCU BAGINDA RASULULLAH, TELAH DATANG KE TANAH KELANTAN SELAMA 4 HARI. SETELAH SEKIAN LAMA HATI INI MEMENDAM HARAPAN  UNTUK BERTEMU DAN BERBAIAH DENGAN BELIAU. ALHAMDULILLAH HAJAT AMBO TELAH DITUNAI DAN  DIREZKIKAN ALLAH TAALA UNTUK BERGURU, BERBAI’AH DAN BERTEMU MATA DGN BELIAU. ALHAMDULILLAH..PULANGLAH AMBO KERUMAH DENGAN HATI PERASAAN PENUH KEBAHAGIAN..KERANA SETELAH AMBO MENDAPAT BERITA KEDATANGANNYA, HATI AMBO JADI MENJERIT HENDAK BERDATANG SEMBAH KEHADRAT SYEIKH..PANAS PUNGGUNG X LEH NAK DUDUK DIAM, TELINGA RASA TERNGIANG-NGIANG DIPANGGIL, MATA TERBAYANG-BAYANG LAMBAIAN AHLU BAITI RASULILLAH INI..MUNCUL SATU RASA NIKMAT DAN KESEDAPAN BILA DAPAT BERSUA MATA DENGAN SIDI SYEIKH TEMPO HARI MASIH LAGI TERASA ALLHAMDULILLAH..YA SAYYIDI..BAWALAH HAMBAMU INI SAMPAI KEHADRATILLAH..

sidi

 

 
3 Komen

Posted by di 1 Disember 2013 in kenangan

 

Label:

KERIS KUASA, ALANG PAGAR RUYUNG…untuk dimaharkan

20131121_113148
20131121_113222
20131121_113404
20131121_113442
20131121_113531
20131121_113649
20131121_113906
20131121_113945
20131121_114051
20131121_114108
Panjang keris ini 21 inci, bertulang dari pangkal hingga ke hujung bilah. Pendokoh dari perak. Hulu dari kayu yg tak dapat dipastikan. Sampir dari kayu kemuning dan kayu batang serunainya juga tak dapat dipastikan dari kayu gapo. Usia mata bilah keris ini dianggarkan lebih dari 300 tahun. Bila dihunus, ada aura halus yang agak kuat menyerap ke tubuh. Mungkin juga pemilik asal keris ini dari golongan istana, kerabat atau pembesar2nya.. Wallahua’lam. sesape yg berminat bleh sms ambo 0148886599

 
4 Komen

Posted by di 21 November 2013 in senjata melayu

 

Label:

MALELA LOK 9 – berdiri dan duduk

05112013745

05112013747

05112013742

Panjang bilah : -+ 15 inci, berlok 9.

Besi : Besi buku hitam

Hulu kerdas : Teras kayu setar

Sampir : Teras kayu setar

Batang serunai : Teras kayu setar

Ketandaan : Tiada

Empu : Pak Mazlan Al-Maniri

Pelurah/canai : Pak Wan Mustafa Al-Sirami

 
4 Komen

Posted by di 5 November 2013 in Uncategorized

 

DOA AKHIR & AWAL TAHUN HIJRAH

doaakhirtahun1
doaawaltahun1

 
1 Komen

Posted by di 4 November 2013 in doa

 

Label:

SENI KERAMAT SENJATA FAQIR 3

mughal_quranshirt_10dAH

Satu ilmu khazanah rahsia yang tercatat dalam Pestaka Tok Uban ialah ‘Hikmat Senjata Faqir”. Hikmat ini adalah berumbikan Ilmu Makrifat yang tinggi. Berikut adalah secebis petikannya. Bagi yang memilikinya akan lebih faham dan jelira, Sama-sama kita hayatinya.

Tuhanku sanya Allah, ZAT yang maha esa, tiada yang maujud melainkan ZATNYA jua.

AKU MEMAKAI akan kalimat ini sebagai GELISIR ISIM dari segala mudhorat

AKU MEMAKAI akan kalimat ini  sebagai ISYARAT yang menjadi SENJATA FAQIR bagiku.

AKU MEMAKAI akan kalimat Allah yang digelar ISIM SEALAM TUNGGAL YANG KERAMAT sebagai sarungku.

AKU MEMAKAI akan kalimat ini sebagai tapak MUSTAQAMAH  ku YANG KERAMAT….

 
37 Komen

Posted by di 24 Oktober 2013 in doa

 

PUSAT penyebaran ilmu khazanah selendang 7 – Tumpang berkat nenek moyang

800px-Masjid_Kampung_Laut1

Masjid tua yang masih teguh berdiri ini telah dibangunkan oleh Sayyid Hussain Jamadil Kubra dalam abad ke-18. Riwayat tradisional Kelantan menyebut bahawa sebelum sempat mendarat di Semenanjung Tanah Melayu, rombongan Sayyid Hussein Jamadil Kubro telah menghadapi ujian yang besar dari Allah SWT yang mana kapal yang mereka naiki hampir karam di lautan. Dalam keadaan yang getir itu Sayyid Hussein telah memanjatkan doa kepada Allah SWT supaya diselamatkan dan berikrar  akan mendirikan sebuah masjid jika terselamat dari bencana karam itu.

Sekonyong-konyong datang bantuan dari Allah SWT dalam bentuk  sekawan ikan kekacang yang berpusu-pusu berenang ke bahagian kapal yang mengalami kebocoran lalu menyumbat diri masing-masing pada tempat yang terdapat lubang-lubang air di kapal itu. Dalam masa yang sama, sekawan ikan kekacang yang lain telah menolak kapal itu sehingga selamat mendarat di Kampung Laut di Tumpat, Kelantan. Atas bantuan Allah yang menyelamatkan rombongan Sayyid Hussein dari musibah kapal karam, mereka terus bersujud dan bersolat sunnat dua rakaat sejurus mendarat.

Susulan daripada peristiwa ‘Karam Di Laut’ itu, maka sebagai memenuhi ikrarnya, Sayyid Hussein dan saudaranya telah mendirikan Masjid Kampung Laut [15]yang pertama; yang kemudiannya dipindahkan oleh kerajaan ke Nilam Puri, Kota Bharu sehingga sekarang ini.

Sempurna pembinaan Masjid Kampung Laut, rombongan Sayyid Hussein  terus belayar mudik ke hulu sungai sehingga sampai ke sebuah bukit yang dipanggil ‘Bukit Panau’[16]. Mereka mendaki bukit tersebut sehinggalah sampai ke puncaknya waktu hampir Maghrib, lalu memulakan ritual amal ibadat dan bersuluk sehinggalah pada waktu hampir dinihari. Sekonyong-konyong bumi bergegar, angin bertiup kencang seolah-olah memberi petanda sesuatu yang luarbiasa bakal terjadi lagi.

Dan benarlah tekaan rombongan Sayyid Hussein kerana dengan tiba-tiba malam yang gelap-gelita dan hitam pekat menjadi bercahaya kilau-kemilau. Hal ini mencetuskan kegemparan masyarakat sekitar Bukit Panau, lalu mereka beramai-ramai bergegas mendaki bukit tersebut untuk melihat apa yang berlaku. Belum pulih kejutan penduduk tempatan yang beragama Hindu-Buddha pada siang tadi kerana turut menyaksikan peristiwa luarbiasa yang dialami oleh rombongan Sayyid Hussein Jamadil Kubro  (kisah ikan kekacang dan tupai putih), kali ini digemparkan pula dengan kejadian aneh  di Bukit Panau yang tiba-tiba bersinar dengan cahaya kilau-kemilau yang begemerlapan.

Dalam keadaan aneh, pelik dan bingung, masyarakat tempatan menjadi lebih tergamam apabila sejurus sampai di puncak Bukit Panau, berlaku satu dentuman yang amat kuat seolah-olah ‘petir’ yang cahayanya  putih berkilau dan memancar terus dari rombongan Sayyid Hussein Jamadil Kubro menuju ke langit dan membentuk suatu imej yang menyerupai tudung saji yang digunakan oleh masyarakat Melayu. Secara spontan terpacul keluar perkataan ‘kilat…kilatan’ daripada penduduk tempatan sehingga riwayat menyebut dari situlah bermula asal nama Kelantan sampai sekarang ini. Ada satu persoalan yang masih memerlukan kepada jawapan..adakah masjid ini mempunyai kaitan dengan SANG PERSATA NALA?….dan apa pula kaitan Sang Persata dengan Syeikh Muhammad Saman ( penjaga Jabal Panau)?..pembaca yang ada maklumat bleh komen dan kogsi maklumat.terima ksh..

 
8 Komen

Posted by di 22 Oktober 2013 in Maklumat

 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 96 other followers