RSS

Arkib Kategori: WARISAN

PENYANGGA UNTUK PEDANG ZULFAQAR SAHABAT BEREMPAT-perhatian untuk Tok Wan Tumpat..

IMG_0004IMG_0005IMG_0003IMG_0002IMG_0001IMG

                                                                      ”Ambo nok nyanggo pesen ni deh”

 
3 Komen

Posted by di 15 Jun 2013 in WARISAN

 

Label:

SILA QUTUB – DARI 1 MENJADI 100

Sila Qutub

Sila Qutub – sedutan dr Kitab Tok Uban

Antara rahsia penjagaan kesihatan orang-orang tua melayu dahulu kala ialah dengan mengamalkan senaman tua tradisi. Pengamalan senaman ini selain bertujuan untuk menjaga, memulih dan mengekalkan kesihatan zahir dan batin. Ia juga berfungsi sebagai anti penuaan atau dengan kata lainnya awet muda dan banyak lagi faedah dan manfaat yang akan diperolehi.
Badan jadi sedap, segak, sajak dan tegak bagaikan seorang laksamana melayu. Faedah dan manfaat ini akan terhasil sekiranya senaman tua tradisi ini diamalkan secara istiqomah.
Salah satu senaman tua yang ingin manira persembahkan kepada pembaca pada kali ini ialah ‘SILA QUTUB’. Seperti dalam gambar rajah yang manira paparkan di atas. Senaman ini biasanya ada diperturunkan di gelanggang persilatan melayu.
Pengamalan sila qutub ini banyak memberi manfaat kepada kesihatan kita. Walaupun tekniknya sukar untuk dilakukan. Latihan demi latihan diperlukan untuk memantapkan tapak dan kedudukan senaman ini.
Ada satu petua hebat yang diwariskan orang tua kita dalam sila qutub ini. Beberapa potong ayat suci Al-Quran akan dibaca dalam satu nafas semasa proses senaman ini diamalkan. ‘isi’ rahsia ini akan bertindak sebagai pembantu diwaktu terdesak. Sebagai contoh, bila kita diserang atau dikepung ramai musuh. Maka kekuatan kita yang seorang akan jadi seperti kekuatan 100 orang lelaki muda insyaallah. Ya, begitulah resam ilmu. luasnya tak bertepi, rahsianya tak terjangkau.
Pelajaran dan kaifiat senaman sila qutub ini perlu berguru. Apa yang manira nyatakan di sini hanyalah sekadar info buat membakar semangat pembaca. Agar lebih rajin dan bersungguh-sungguh menuntut ilmu tradisi yang kini kian terhapus. Kalau hendakkan ilmu, maka carilah guru. Ilmu itu tidak akan datang sendiri.

 
8 Komen

Posted by di 2 Mac 2013 in WARISAN

 

Label:

KITAB RUJUKAN ILMU PERSILATAN – wasilah 7 ( TAK JUAL-UNTUK AHLI SHJ)

28012013581

280120135802801201357828012013579280120135832801201358228012013577280120135762801201358528012013574

 
22 Komen

Posted by di 28 Januari 2013 in WARISAN

 

Label:

KAKI TUNGGAL – sukatan akhir ilmu silat wasilah 7

gambar hiasan

gambar hiasan jah..

” Maka pada malam itu juga laksamana pun berjaga membacha pustaka-nya, maka Hang Jebat, Hang Kasturi pun beramal berdiri kaki tunggal datang siang”.

‘ILMU KAKI TUNGGAL’  atau gerak alam ini akan diturunkan selepas setiap penuntut berjaya mengkhatamkan 7 gerakan zahir. Ringkas kata gerakan ini adalah penyudah kepada khatam 7. Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa dan mengapa gerakan ini dikatakan penyudah kepada khatam 7, jawapannya akan diketahui oleh penuntut itu sendiri. Berikut adalah isyarat Tok Uban kepada ilmu kaki alam tunggal, perhati dan fahami.

Tujuh harakat sudah dihadam,
Berhempas pulas siang dan malam,
Menyusul pula gerakan alam,
Sebagai penyudah tujuh khatam.

Gerakan alam bertapak tunggal,
Ibu kepada gerakan tujuh,
Gerakan tujuh pecah memecah,
Gerakan alam bersukun tubuh.

Berdiri qiam mata dipejam,
Jari jemari disusun rapat,
Tapak sedia gerakan alam,
Sebagai pembuka tapak bertempat.

Menarik nafas mulut melafaz,
Akan kalimat sudah dihafaz,
Mengingat kembali janji yang lepas,
Dihatiku ‘Allah’ tiada terlepas.

Gerakkan telinga kiri dan kanan,
Mata melihat empat penjuru,
Lahir kedunia telinga diazan,
Allah di ingat di alam baru.

Mata dibuka jemari direnggang,
Sesudah itu tangan digenggam,
Lutut diangkat ke paras pinggang,
Sempurnalah sudah gerakan alam.

Gerakan alam tapaknya tunggal,
Berdiri qiam diam terpaku,
Diri diabdi kepada yang MAHA TUNGGAL,
Hidup dan mati untuknya yang SATU.

Silat yang ada semuanya hebat,
Tapi ada yang lagi hebat,
Tiada silat yang paling hebat,
Tanpa gerakan adalah terhebat.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 4 Januari 2013 in WARISAN

 

NAGA CINTAMANI ( edisi boleh tengok tokleh tanyo)

 
120 Komen

Posted by di 13 Ogos 2011 in WARISAN

 

Label:

ILMU NAFAS QUTUB

“Sebelum kenal gerakan, kenal dahulu nafasnya” Tok Uban.

Dalam pelajaran asas silat seni wasilah 7 ada terkandung satu kaedah pernafasan yaitu nafas qutub. Ilmu nafas qutub ini adalah satu teknik pernafasan rahsia yang di olah untuk menghasilkan kekuatan luar biasa. Ilmu pernafasan ini amat penting untuk menghidupkan gerak supaya gerak luar biasa diperolehi. Oleh itu teknik pernafasan ini mestilah diamalkan dan dikuasai oleh setiap penuntut wasilah 7. Jika kita selalu mempraktikkan nafas qutub ini, insyaAllah ia akan menghasilkan pelbagai kesan-kesan yang positif pada diri kita. Selain memberi kecergasan kepada fizikal, ia juga dapat menenangkan minda dan menjadi penawar kepada penyakit jasmani dan rohani.

Ilmu nafas qutub ini bukan sahaja bertujuan untuk menyihatkan tubuh badan, bahkan untuk mendekatkan diri kita kepada Allah Taala. Dalam erti kata lain, kita mengingati Allah pada setiap sedutan dan hembusan nafas, supaya diri terlepas daripada kelalaian dan kealfaan kepada Allah.

Jika kita terasa panas dan sempit dada (beban) ketika mengamalkan nafas qutub ini, itu tandanya jiwa kita belum lagi ada kesediaan dan belum mempunyai ruang untuk ilmu nafas ini. Oleh itu perlu kepada proses penyucian jiwa terlebih dahulu dengan memperbanyakkan istighfar, selawat dan taubat kepada Allah Taala.

Teknik pernafasan sakti ini ada 4 darjah . Untuk mendapatkan hasil yang terbaik dalam ilmu nafas sakti ini, pengamal mestilah melakukan latihan dengan secara berterusan mengikut tertibnya

Jadi bagaimana teknik pernafasan itu? Maka tak dapatlah saya jelaskan disini, kerana sudah dasarnya ilmu rahsia. Seperti kata Ckgu Nasir :”Rahsia biasanya tidak ditulis, ditakuti tidak menjadi rahsia lagi. Kalau ditulispun dalam bait-bait isyarat dan kod. Banyak rahsia disimpan oleh guru-guru di dalam dada, penyampaianya juga bersanad dan bertapis. Intan berlian bukanlah permainan budak”.

 
41 Komen

Posted by di 2 Ogos 2011 in WARISAN

 

Label:

Berjalan ikut tapak, duduk ikut kerusi, hidup selamat.

Dengan Basmalah tapak berdiri,

Menarik nafas berinti selawat,

Tujuh anggota tujuh tari,

Tujuh gerak melangkah berkat,

Hu Allah,

Hu Ahad,

Hu Shomad,

Hu Haq..

Tujuh  gerak bersendi isim,

Setiap isim berkendong selawat,

Tapak tujuh Isi mengisi,

Melangkah zahir berpadu hakikat.

 

Hentak telapak Haq menyahut,

Bermula gerak langkah dibuka,

Asma’   keramat  dilupa sebut

Padahnya  seni  sumbang  tersia

 
8 Komen

Posted by di 18 Februari 2011 in WARISAN

 

Label:

BARANG BAIK-selendang zulfakar

 
13 Komen

Posted by di 1 Februari 2011 in WARISAN

 

PEWARIS MELAYU

Seorang ‘melayu’ itu tidak harus meninggalkan ilmu lama warisan kemelayuannya, apatah lagi Agamanya..berilah kepada ilmu warisan ini nafas yang baru lagi segar seiring dengan masa serta beralaskan syariat islamiyah yang benar agar ia tidak lagi terpesong dan dipesongkan dan agar tiada lagi ‘jin belaan’ yang akan di gendong dan tiada lagi nafsu serakah yang akan dipertuankan.
Dia juga tidak harus meninggalkan doa untuk moyangnya, kerana mereka adalah orang yang baik-baik. Walaupun mereka sudah lama pergi, akan tetapi mereka tidak lupa untuk menitipkan khazanah ilmu yang amat berharga kepada anak cucunya.. Seorang Melayu itu juga harus hidup berlandaskan syariat islamiyah serta mengadaptasikan IHSAN kedalam diri.

 

 
4 Komen

Posted by di 13 Januari 2011 in WARISAN

 

Label:

PENGENALAN : Silat Seni Wasilah 7 Gedung

Mukadimah

بسم اللھ الرحمن الرحيم
الحمد للھ رب العالمين والعاقبة للمتقين ولا عدوان إلاعلی الظالمين وصلی اللھ علی سيدنا محمد النبي اﻷمي ﻮعلی الھ وصحبھ ٲجمعين ﻮسلم تسليما كثيرا

Wahai sekelian sahabat dan saudara-saudaraku, inilah satu kitab kecil yang mengandungi sehidangan ilmu hikmat dan rahsia. Saya perturunkan dalam kitab “pusaka hikmat tujuh gedung” ini sebahagian kecil daripada hikmat-hikmat dan faedah-faedah ketuhanan yang maha luas sebagai pelengkap kepada pelajaran peringkat kedua dan ketiga dalam ilmu silat seni 7 gedung. Terdetik dalam hati saya untuk menulis kitab ini adalah dengan tujuan untuk berkongsi pengetahuan dan memudahkan sahabat-sahabat agar dapat mempelajarinya dengan lebih mudah dan betul. Walaupun saya ini bukanlah ahlinya, adalah dengan harapan semoga apa yang tersurat di dalam kitab ini dapat memberi faedah dan membantu sahabat dan saudara-saudara dalam menempuh pancaroba kehidupan dunia yang gelap pekat ini dengan jiwa yang lebih bersemangat dan kental.
Jika kita suka dan berminat untuk mendapatkan kelebihan-kelebihan di dunia dan juga kebahagiaan di akhirat dengan ilmu hikmat dan amalan rahsia yang terhias di dalam kitab ini, maka hendaklah mengamalkannya dengan bersungguh-sungguh dan menjaga syarat dan adabnya. InsyaAllah amalan kita itu tak akan jadi sia-sia. Sabda Baginda Rasulullah s.a.w “Barangsiapa sampai kepadanya daripada Tuhan Azzawajalla apa-apa kelebihan, maka beramal dia dengan kepercayaan atau berharapkan pahala, nescaya dikurniakan kepadanya sebagaimana kepercayaan atau harapannya”.
Kepada semua sahabat-sahabat penuntut ilmu kerohanian dan hikmah, suka saya ingatkan bahawa ilmu ini adalah setitik daripada ilmu Allah Taala yang maha luas dan besar. Satu ilmu yang susah hendak dicari dan dimiliki. Orang-orang yang dapat mengesan dan mempelajarinya adalah orang yang bertuah dan terpilih. Usahlah dihiraukan kata-kata dan tuduhan orang yang jahil di luar sana, yang tidak memahami dan mengerti apa-apa tentang ilmu hikmah dan kerohanian, mungkin kerana bahagian dan habuan mereka untuk ilmu ini tidak ada dan mungkin juga mereka tidak terpilih untuk mengecapi dan merasai rahsia kehebatan yang Allah Taala simpan dalam ilmu hikmat ini. Pun begitu kita yang ‘terpilih’ ini janganlah pula alfa dan merasa takbur, ujub dan riak, terkadang tanpa kita sedari yang sebenarnya kita ini diuji dengan ilmu ini. Kalau sudah berada di medan ujian, jika kealfaan menyelubungi diri maka petakalah akibatnya. Hanya orang yang tabah, tekun dan ikhlas sahaja yang akan berjaya.
Bagi memastikan kejayaan dalam melakukan mana-mana amalan hikmat, seseorang penuntut itu mestilah berdisiplin, beristiqamah dan mematuhi syarat-syarat, adab dan cara-cara yang telah ditentukan oleh guru. Oleh itu, tiap-tiap ilmu yang hendak diamalkan mestilah dipelajari dan difahami betul-betul dan menerima ijazahnya daripada guru.

Abu Humaira Al-Kelantani


PERINGKAT PERTAMA
GEDUNG ZAHIR


MARI BELAJAR SILAT

Mempelajari ilmu beladiri jika dihalusi dari hukum syarak adalah merupakan suatu kewajipan. Kita semua telah maklum akan kehebatan Rasulullah s.a.w dan para Sahabat r.a dalam ilmu beladiri, strategi dan teknik peperangan seperti bermain pedang, memanah, berkuda dan lain-lain lagi. Hakikatnya mempelajari seni beladiri adalah sunnah yang dapat dimanfaatkan dalam menegakkan syiar islam, mempertahankan maruah diri, keluarga, bangsa dan negara. Silat juga merupakan satu kaedah beladiri yang efektif dan berjaya digunakan untuk mepertahankan diri dari ancaman bahaya musuh.
Sabda Baginda Rasulullah s.a.w yang bermaksud “ sesiapa yang mati kerana mempertahankan dirinya, maka dia syahid. Sesiapa yang mati kerana mempertahankan keluarganya, maka dia syahid. Sesiapa yang mati mempertahankan hartanya maka dia syahid”.
Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa mempertahankan diri, keluarga dan harta benda daripada ancaman musuh adalah suatu kewajipan. Maka usaha untuk mempertahankan diri itu amat memerlukan kepada suatu kekuatan seperti kemahiran, ilmu, alat dan kepakaran.
Oleh kerana mempertahankan diri itu wajib. Dan usaha untuk mempertahankan diri itu tidak akan dapat dicapai melainkan dengan adanya kekuatan, Maka mencari dan mendapatkan kekuatan itu juga menjadi wajib. Ketentuan ini adalah berdasarkan kepada satu kaedah fiqhiyyah :

( ما لا يتم الواجب الا به فهو واجب ).

 

 
 
 

 


 

SILAT SENI WASILAH 7 GEDUNG
Silat seni wasilah 7 gedung ini mempunyai 3 peringkat pembelajaran utama yang mesti dilalui dan ditamatkan oleh seseorang penuntut. Peringkat pertama dinamakan gedung zahir, peringkat kedua dinamakan gedung hikmat/kebatinan dan peringkat ketiga dinamakan gedung hakikat.
Pada peringkat pertama (gedung zahir), setiap penuntut mestilah menguasai 7 gerakan jurus zahir dengan betul dan sempurna. Mana-mana penuntut yang belum menamatkan kesemua 7 gerakan ini dengan baik dan sempurna, maka dia dikira belum tamat dan masih belum layak untuk menyusul ke peringkat yang seterusnya. Berikut adalah 7 seni gerakan yang perlu dikuasai :
SENI TUJUH
• Seni asas : (a) Sila anak.
(b) Sila Kursi
(c) Asas utama / ibu.
• Seni satu : Jurus telapak alam
• Seni dua : Paduan padukan
• Seni tiga : Cakar harimau putih
• Seni empat : Jurus pedang kilat / silau
• Seni lima : Nafas quderat
• Seni enam : Jurus ibu gedung ( seni teras )
• Seni tujuh : Gerak jalalah

SENI TERAS ( jurus ibu gedung )
Jurus ibu gedung ini adalah merupakan inti atau teras utama yang terpenting dalam permainan silat seni wasilah 7 gedung. Tanpa latihan dan penguasaan yang baik terhadap seni teras ini, maka seni-seni yang lain akan mudah goyah. Oleh itu ingatlah baik-baik jangan dilupakan. Dalam jurus ini terkandung pula tujuh buah jurus ( 7 dalam 7 ), yaitu :

 Pukulan telapak alam
 Jurus paku bumi
 Jurus semilir tunggal
 Jurus semilir lembing
 Jurus telapak berantai
 Jurus pedang kilat
 Jurus hakikat

ISI DAN ISIM SILAT
Kata orang tua “silat tanpa isinya umpama jasad tanpa rohnya”. Isi atau dalam erti kata lain ialah ilmu kebatinan. Kebatinan ini adalah satu elemen penting yang saling berkaitan dan menjadi pelengkap kepada zahir. Seperti sarang lebah amat berharga jika mempunyai isinya yaitu madu, kalau sarang itu tidak bermadu maka tiadalah harganya. Dalam pembelajaran ilmu wasilah 7 gedung ini, selain memerlukan kepada kemahiran zahir ia juga amat menitik beratkan kepada isi kebatinan. Di mana sesuatu gerakan atau pukulan zahir jika dipadukan dengan isi kebatinan ia akan menghasilkan satu jurus yang amat berbahaya dan berbisa. Mangsa kepada serangan jurus paduan antara zahir dan batin ini jika tidak segera diubati, maka dikhuatiri akan membawa maut.
Oleh kerana itulah ilmu kebatinan yang ada dalam pelajaran wasilah 7 gedung ini tidak boleh diajar sesuka hati dan kepada orang sebarangan. Guru berhak memilih dan menentukan muridnya yang layak untuk diperturunkan ilmu kebatinan ini berdasarkan kepada pertimbangan dan pengamatannya.

ISI UTAMA
Isi asas utama ialah bacaan Basmalah dan Solawat kepada Nabi s.a.w.. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“ tiap-tiap perkara yang penting, tidak dimulai padanya dengan bismillahirrahmanirrahim maka perkara itu putus (cacat)”.
Maka oleh kerana itu hendaklah kita mulakan sekelian gerakan yang tujuh itu dengan membaca Bismillahirrahmanirrhim. Barulah setiap gerak dan langkah kita itu sempurna, mendapat keberkatan dan pimpinan dari Allah Taala yang maha kaya.
Terjemahkan pula pesan Baginda Rasulullah s.a.w itu dalam kehidupan kita seharian. Bermula dari kita celik mata di pagi hari sehinggalah kita memejam kembali pada malamnya, hendaklah segala perbuatan kita yang baik-baik dimulakan dengan lafaz Basmalah yang amat besar ini.

TAPAK DOA

Tapak doa ini hendaklah dilakukan sebelum memulakan mana-mana latihan 7 gerakan jurus zahir yang terkandung dalam pelajaran gedung zahir ini. Caranya ialah dengan berdiri tegak, tadah kedua tangan seperti hendak berdoa dan baca :

  • Surah Alfatihah 1x
  • Ayat kursi 1x
  • 4 Qul 1x
  • Solawat 3x

Kemudian tiup tapak tangan dan sapu keseluruh badan, bermula dari kepala hingga sampai ke hujung kaki. Tapak doa ini adalah bertujuan untuk keselamatan diri dengan memohon perlindungan kepada Allah Taala agar dihindari daripada perkara-perkara yang tidak diingini semasa proses latihan berlaku.

TAPAK SEDIA

Tapak sedia ini ialah gerakan asas yang dilakukan untuk mengambil posisi kekuda, di mana kita akan menggerakkan kaki keluar dari posisi berdiri tegak(qiam) kepada posisi kekuda dengan 3 jungkitan kaki. Semasa berada dalam posisi Qiam, baca isi utama yaitu Bismillahirrahmanirrahim dan solawat kepada Nabi SAW sekali. Kemudian tarik nafas dalam-dalam melalui hidung bersertakan zikir sirr Allah dan peluk dada sambil menghembus nafas melalui mulut yang bersertakan zikir sirr Hu. Nafas awal ini dinamakan nafas ibu. Setelah nafas ibu habis dikeluarkan, ambil nafas baru yaitu nafas anak barulah kita mulakan gerakan ke posisi kekuda dengan 3 jungkitan kaki :

  • Jungkitan pertama (hujung jari) bacaannya : Hu Allah.
  • Jungkitan kedua (tumit) bacaannya : Hu Ahad.
  • Jungkitan ketiga (hujung jari) bacaannya : Hu Shomad.

Setelah berada dalam posisi kekuda maka hentak belakang tapak tangan kanan ke tapak tangan kiri dengan membaca : Hu Haqq.

Setelah berjaya menguasai kesemua seni 7 yang terkandung dalam gedung zahir ini, maka hendaklah setiap penuntut melakukan syuhud makrifat yaitu pandang hadir sekelian 7 seni dengan mata hati kita. Apakala sudah dipandang dengan jelas sekeliannya maka jazamkan dalam hati “ilmu ini adalah amanah Allah, aku akan jaga denga baik” maka sedutlah nafas niat menyedut seni 7 masuk ke dalam badan kita. InsyaAllah kita tidak akan lupa ilmu dan pelajaran yang telah di perturunkan. Simpanlah baik-baik dalam dada, jangan di tunjukkan sesuka hati kepada orang kebanyakkan, bak kata orang tua “ nanti ilmu jadi tawar”. Apakala telah sempurna syuhud makrifatnya, maka layaklah dia menyusul masuk ke dalam gedung kebatinan.
Lazimnya perasaan ujub dan takbur yang terbenih dalam hati setiap penuntut akan mula menular dan menyerlah apabila sahaja dia mula melangkah masuk ke dalam gedung kebatinan. Perasaan seperti ini amat merbahaya sekali jika tidak dibendung awal-awal, kerana ia umpama racun yang boleh merosak dan mematikan jiwa. Bila sahaja jiwa sudah rosak maka lambat laun dia akan mula melakukan kerosakan dan fitnah dengan ilmu yang dimilikinya itu. Inilah perkara yang paling aku takuti jika berlaku kepada penuntut-penuntut ilmu wasilah 7 gedung ini Wal iyazubillah.

PERINGKAT KEDUA
GEDUNG KEBATINAN

Gedung kebatinan/hikmat ini akan membicarakan sebahagian dari pusaka ilmu perang dan amalan hikmat orang melayu dan ia berstatus rahsia. Ilmu kebatinan ini amat mustahak dipelajari dan menjadi pelengkap kepada ilmu silat zahir (fizikal). Boleh kita ibaratkan seperti seorang pendekar yang tidak dilengkapi ilmu kebatinan, dia hebat dan kuat dari segi fizikal tapi rapuh apabila diserang secara kebatinan.
Akhir-akhir ini unsur kebatinan dalam ilmu silat melayu sering disalah tafsirkan, bahkan ada yang melabelkannya dengan tahyul, khurafat, sesat dan lain-lain lagi. Tidak dinafikan, sememangnya ada perguruan yang bermasaalah dan menyimpang dari ajaran islam yang telah mencemarkan nama silat, tapi tak usahlah kita jadikan mereka seperti seekor kerbau yang membawa lumpur habis semua terpalit. Lapangkanlah dada kita, buang yang keruh dan ambil yang jernih, tolak yang batil ambil yang haq. Padaku silat tanpa kebatinan adalah silat yang tidak mempunyai roh, umpama seorang tua yang jika dilihat pada zahirnya masih kuat dan sihat tapi pada hakikatnya dia sudah lemah, lumpuh sendi dan tulang temulangnya.

Ilmu hikmat ini adalah merupakan permata berharga yang telah di keluarkan oleh para solihin secara ilham dari khazanah rahsia dan berkat yang tersimpan di dalam Asmaulhusna, ayatul Quran dan huruf-huruf. Allah Taala zahirkan kelebihan rahsianya ini pada tangan para solihin adalah sebagai bukti dan hujah kepada janjinya yang maha mulia :

ﺪﻋﻮﻧﻰﺍﺴﺗﺠﺐ ﻠﻜﻢ

Ilmu hikmat ini pada hakikatnya adalah doa kepadaNYA, sedangkan doa itu adalah ibadat yang amat dituntut oleh syara’.

SYARAT DAN ADAB MEMULAKAN AMALAN

Untuk memulakan mana-mana amalan ilmu hikmat, perlu lah kita menjaga syarat dan adab-adabnya supaya amalan kita itu lebih cepat mujarab dan mustajab. Syarat-syaratnya seperti berikut :

  • Jazam yaitu tekad hati dan yakin dengan hasil amalan yang dilakukan. Kerana orang yang mengamalkan amalan hikmat ini apabila timbul perasaan syak dihatinya maka akan rosaklah amalannya itu.
  • Kitman yaitu menyembunyikan amalan kita dari pengetahuan orang ramai, dengan cara mengamalkannya di tempat sunyi yang jauh dari pandangan orang ramai dan tidak boleh diberitahu, seperti dikatanya ‘aku akan buat amalan ini atau aku telah buat amalan ini’.
  • Takwa, termasuklah dalam erti kata takwa ialah, halal makanannya, tidak menyakiti atau menzalimi sesama makhluk, tidak mengumpat, berbohong dan tidak melakukan perkara yang diharamkan syarak adalah semata-mata kerana takutkan Allah. Dan hendaklah sentiasa benar kata-kata dan perbuatannya dan saling menasihati kepada semua manusia. Hendaklah kita pandang makhluk ini dengan pandangan belas kasihan, memuliakan dan kasih sayang. Ulama dan hukama’ telah bersepakat bahawa orang yang mengamalkan ilmu hikmat ini jika dia banyak melakukan kebaikan dan kebajikan maka peratus kejayaan dalam amalannya itu lebih tinggi dan cerah. Kerana barangsiapa yang takut kepada Allah, maka Allah Taala akan tundukkan semua makhluk kepadanya .
  • Jangan gunakan ilmu ini kepada kejahatan.
  • Amalan yang hendak diamalkan itu mestilah dihafal. Kerana amalan yang dibaca pada kertas itu boleh mengganggu khusyuk dan tumpuan. Sedangkan perkara tersebut adalah perkara yang paling penting dan sebesar-besar rukun.
  • Ijazah am, ijazah ini dikenal pasti dengan diambil amalan dari guru secara bertalaqi. Tanpa ijazah maka jadilah amalan itu seperti anak yang tidak ada bapa untuk dinasabkan.
  • Bersolawat kepada Nabi Muhammad saw sebelum dan selepas amalan.
  • Sedikit makan dan minum.
  • Jangan makan haiwan dan yang keluar darinya.
  • Jangan makan makanan yang busuk.
  • Memasang setanggi yang harum atau memakai minyak wangi.
  • Membentengi diri sebelum memulakan amalan dengan ayat-ayat Al-Quran atau doa-doa.
  • Hendaklah berhenti melakukan maksiat dan menjauhi daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang agama walaupun sedikit, seperti memakan sesuap makanan yang tidak halal.
  • Semasa beramal, hati hendaklah tetap ingat kepada Allah. Jangan lupa atau lalai kehadrat Allah Taala.
  • Hendaklah yakin sepenuh hati, bahawa ilmu yang kita amalkan itu akan dimustajabkan oleh Allah Taala.

ADAB-ADAB

  • Bersih tubuh badan dan tempat dari hadas dan najis.
  • Menghadap Qiblat.
  • Hendaklah dihafal ilmu yang diamalkan itu.
  • Buka amalan kita dengan membaca Alfatihah niat hadiah kepada baginda Rasulullah s.a.w, selawat 3 kali atau lebih dan ayat Kursi sekali. Ingat lah! Mana-mana amalan atau doa yang tidak dimulai dan disudahi dengan selawat kepada Nabi s.a.w akan terhenti antara langit dan bumi.
  • Berhati-hati dan cermat semasa proses pengamalan dilakukan . Elakkan dari berlaku kesilapan samaada dari segi bacaan, susunan, baris, kalimah dan lain-lain. Kosongkan fikiran dari semua kesibukan dunia, harta, kesedihan dan kegembiraan yang melampau .

Janganlah lupa untuk berdoa kepada Sang Maha Agung

 

PERINGKAT KETIGA

GEDUNG HAKIKAT

Inilah peringkat tertinggi dalam pelajaran ilmu seni 7 gedung. Setiap penuntut yang telah menamatkan pelajarannya dalam gedung kebatinan, (sudah memiliki 2 laksa solawat dalam tubuhnya ) maka layaklah dia menyusul masuk kedalam gedung hakikat dan mengamalkan hikmat-hikmatnya.

Hikmat-hikmat yang terhias dalam gedung ini adalah amat rahsia. Jikalaulah tidak kerana ku takutkan sabda Baginda Rasulullah s.a.w :

)من سئل عن علم وهو يعلمه وكتمه ألجم بلجام من نار يوم القيامة

Nescaya tidaklah ku perturunkan hikmat gedung hakikat ini kepada orang kebanyakan. Namun begitu, tidaklah semua hikmat yang terkandung dalam risalah ini dihuraikan dengan terperinci kerana takut sampai ketangan orang-orang sufaha’ , maka besarlah fitnahnya.

 
16 Komen

Posted by di 2 Ogos 2010 in WARISAN

 

Label:

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 97 other followers