RSS

KECEK JUMAAT : SALAHKAH MENUNTUT& MENGAMALKAN ILMU KEBAL?

14 Okt

                                                                   ” demo ilmu besi tak makan”
Satu persoalan yang hangat diperdebatkan dari dulu sampai sekarang yaitu berkaitan pengamalan ilmu kebal atau ilmu bedil tak lut. Ada yang kata boleh diamalkan dan ada pula yang kata tak boleh dengan hujahnya masing-masing. Harap sahabat sekelian dapat menyumbang maklumat yang berkaitan dari perspektif ilmu dan bukannya dari perspektif emosi dan ke egoan.. Sama-sama kita bincang. Terima kaseeeeh daun keladi.

About these ads
 
48 Komen

Posted by di 14 Oktober 2011 in Maklumat

 

Label:

48 responses to “KECEK JUMAAT : SALAHKAH MENUNTUT& MENGAMALKAN ILMU KEBAL?

  1. Amir Hamzah Abdul Hamid

    14 Oktober 2011 at 09:16

    Ini ada satu amalan kebal.

    1-Hei besi besah aku tahu asal mu, Engkau tak boleh membinasakan aku berkat wali 10 menjagakan aku dgn pertolongan Allah Azza Wajalla.

    Kemudian baca

    2-Ayat Empat.

    Ini adalah amalan dari Syeikh Osman Lenggung. Dan amalan ini diberikan oleh anaknya Ustz Abdul Wahid di Kg saya dahulu tahun 70an.

    Apa pandangan berkenaan amalan ini? Ini termasuk amalan yg masyhur di Negeri Perak dlm zaman komunis.

     
    • krul

      8 November 2011 at 09:16

      tumpang tanya,,,ayat 4 tu mcm ner

       
      • Delima Merah

        9 November 2011 at 09:16

        Ayat 4 ialah ayat perang sabil. Amat popular semasa zaman komunis (1945) yang diamalkan semasa Perang Parang Panjang Batu Pahat dan Parang Terbang Sungai Manik

         
      • Labu

        10 November 2011 at 09:16

        salah tu. parang terbang, di batu pahat dan parang panjang di sg. manik, perak.

         
  2. Delima Merah

    15 Oktober 2011 at 09:16

    Kalau bakar kemenyan untuk masuk jin dlm badan tak payahlah. Kalau masukkan raksa dalam badan untuk kebal nanti kulit boleh pecah. Kalau amalan pakaian panglima dari guru2 mursyid insyaallah ok. Juga dari batu2 kebal ok (tapi tawar jika langkah laut)

     
  3. azman

    17 Oktober 2011 at 09:16

    assalamu’alaikum..ww
    bagi pandangan kwn tak kira ilmu ape pun yg dituntut termasuk lah ilmu kebaL sbb ia dari Allah belaka. Kita di beri akal untuk berfikir mana yang betul atau salah… selagi ia tidak melanggar syariat islam..yang penting kita berpegang bahawa setiap usaha dan ikhtiar itu tidak memberi bekas atau kesan melainkan dengan kehendak Allah Yang Maha Kuasa…
    Ilmu kebal atau seumpamanya adalah termasuk ilmu kebatinan lebih kepada sifat duniawi..oleh itu
    kwn nasihat bagi diri sendiri dan pada mereka yang berminat kepada ilmu kebatinan agar memperdalamkan serta memantapkan ILMU TAUHID terlebih dahulu, agar kita iaitu HATI/DIRI tidak tersasar dari jalan yang benar yang penting terlepas dari SYIRIK JALI/KHAFI..IAITU DOSA SYIRIK YANG TDAK DI AMPUN OLEH ALLAH…MOGA ALLAH PELIHARA KITA SEMUA..
    waallahu’alam

     
  4. azmi bin man

    29 Oktober 2011 at 09:16

    NK TANYO SKITLA ZAMAN NABI DN PARA SAHABAT ADO BUAT DOK AMALAN ILMU KEBAL NI….KALAU ADO MACE MANO PARA SAHABAT NAK MATI SYAHID PULOK….KARAMAH ADO LA KOT ILMU KEBAL NI ZAMAN ALAM MELAYU KOT YO…MAAF JIKA SALAH

     
    • Saidina Ali Superhero

      11 November 2011 at 09:16

      Cerita pasal Rasulullah banyak menggambarkan Baginda orang yang lemah, miskin, bodoh dan sebagainya. Nak buat macam mana baginda low profile. Ingat zaman Rasulullah diaorang tak power ke? Zaman tu ramai Superherolah. Jangan salah tafsir. Tinggal diaorang nak atau tak nak tunjuk power je. Namun begitu masa perang sabil ada jugak yang mati dan cedera walaupun kebal semua terjadi atas sebab musabab.

       
  5. Delima Merah

    1 November 2011 at 09:16

    Ilmu Allah luas.
    Ilmu terbang, kebal, jurus jarak jauh, ilmu perang sabil, ilmu penggerun, pandangan makrifat, ilmu ghaib dari pandangan, berjalan atas air. Semua dari Allah jua. asalkan tak bakar kemenyan untuk masuk jin dalam badan takpe. Yang penting ilmu tauhid kena faham betul2. Insyaallah tak syirik.

     
  6. labu

    7 November 2011 at 09:16

    salam tok. bg den la kan, tak salah kalau blaja ilmu kebal nih. kalau den ni hah, silat pn xdaq, ape lg yg boleh diharapkan ketika berlaku nya rusuhan atau peperangan?? mati katak ajek la jawab nya kalau pergi berperang. dan ilmu kebal salah satu cara den bertawakkal kpd Allah. kalau dah sampai hukum nyawa yg ke tujuh, tetap akan mati jugak. ;p

     
    • eri_gz

      12 November 2011 at 09:16

      1 yg perlu kita tahu Rasul kita Nabi Muhammad s.a.w adalah kekasih ALLAH , dan baginda pun tidak memiliki ilmu kebal. Waktu baginda membawa islam untuk di sebarkan pada org khafir beliau dilontar dengan batu dan berdarah… Itu kekasih ALLAH. sedangkan jika Allah mahu rasul kita boleh ia jdkan kebal… renungkanlah….

       
  7. Amir Hamzah Abdul Hamid

    13 November 2011 at 09:16

    Renungkanlah pula:-

    Sumber Abdullah B. Abbas r.anhuma berkata::

    “Ismullah Al-A’zam (Sumber Perkenan Doa) terdapat dlm enam ayat permulaan surah Al-Hadiid (Ke-57): Apabila dibawa oleh pejuang, tidaklah dia terkena pedang dan lainnya, dan dia berguna pula utk (jampi) demam dan bengkak.”

    Ayat itu bermula dgn: ” Sabbaha lillah………assuduur”

    [Rujuk kitab Ad-Dur An-Nadziim (120)]

     
    • labu

      18 November 2011 at 09:16

      alhamdulillah. terima kasih sedara amir hamzah. ade jugak dalil dan nas2 nya. ;p

       
  8. SHUCRE EBRAHIM

    22 Disember 2011 at 09:16

    ASSALAMUALAIKUM SAIM SOHABAT BLAKO..AMBO ADO MENUNTUT ILMU SILAT DI MANA PENGAMALNYA DI TANAM DENGAN AKIDAH BAHAWA HANYA ALLAH YANG MAMPU MEMBERI MANFAAT DAN MUDHARAT, BESI, KACA DAN API X MAMPU MELUKAKAN MANUSIA MELAINKAN DENGAN IZIN ALLAH. KITA HANYA PERLU BERDOA MEMINTA PERLINDUNGAN DARIPADA ALLAH (MELALUI DOA DAN ZIKIR HARIAN). SAYA SENDIRI PERNAH MERASAI PENGALAMAN DITETAK DENGAN PARANG (BAGI MEYAKINKAN BAHAWA MAKHLUK-BESI,PARANG DLL- TIDAK BERKUASA MELAINKAN ALLAH). GURU AMBO PERNAH MENUNJUKKAN CARA DAN AYAT (SELAIN AYAT QURAN) YANG DIGUNAKAN UNTUK MENUNDUKKAN BESI IA SEPERTI BERIKUT “WAHAI BESI, AKU KENAL ASAL USULMU..ENGKAU DIUTUSKAN UNTUK MEMBERI MANFAAT KEPADA KHALIFAH ALLAH/MANUSIA JIKA ENGKAU MELUKAKAN AKU SEHINGGA MENYUKARKAN AKU UNTUK BERIBADAT KEPADA ALLAH MAKA, AKU AKAN MENDAKWA ENGKAU DIAKHIRAT KELAK” LALU GURU AMBO MEMOTONG/MENGIRIS DAN MENETAK TANGAN BELIAU TANPA ADA KESAN LUKA…ADA ILMU KEBAL MENGGUNAKAN KAEDAH YANG BETUL NAMUN, LEBIH BANYAK ILMU KEBAL MENGGUNAKAN BANTUAN JIN..NAU’ZUBILLAH…

     
  9. Jebat

    30 Disember 2011 at 09:16

    Salam..tuan yg diberkati Allah SWT & sekelian saudara2 Ku, kaum musliman muslimin, kebetulan Saya ada juga ‘sedikit’ pengalaman dlm kontek memperkatakan tentang ‘Ilmu Kebal’ ini, tapi ini tidak memberi erti Saya tergolong dari org2 yg berilmu atau hebat & sbgnya !! Masyallah Saya seorg Insan kerdil & serba lemah sbg mahluk Allah, Tidak ada daya sebarang daya upaya, malah tidak ada segan silu mengaku yg Saya ni bodoh & mohon ditunjuk ajar, Ampun ! Subanallah..sesungguhnya segala yg berlaku & terjadi dgn keizinan dari Allah Ta’ala belaka !! Kalau nak difikirkan memang tak masuk akal waima pada akal yg bernama Akli & Nakli, sesungguhnya Akal pada manusia ini sangat terbatas..Hanya dgn Ilmu & disertakan dgn Amalan2 yg Istiqamah jualah jika diizinkan Allah akan berlaku ! Yakin dgn sesungguh2nya ‘Yakin’ secara total barulah Ilmu ini akan berbekas atau berkesan..Bukan tara dimulut & teragak2 atau barang terdetik didlm hati..masih ada keraguan, ianya tak akan terjadi !! Apa yg paling penting dalamilah asas Tauhid kehadrat Allah SWT terlebih dahulu..InsyAllah tidak mustahil ! Ampun..T/Kasih

     
    • tokuban78

      31 Disember 2011 at 09:16

      wasalam terima ksh atas komen tuan.

       
  10. Hang Tuah

    31 Disember 2011 at 09:16

    Sebenar-benar Allah taala adalah zat. Kerana itu dia dapat meliputi sekalian alam. Sebenar-benar Allah taala itu bukan sifat kerana jika sebenar-benar Allah taala sifat, apa yang berlaku ditempat lain dia tidak tahu. Semua benda atau perkara adalah dari Allah jua. Unsur tanah, air, api,angin adalah dari Allah. Jika kamu mengaku ada benda selain dari Allah maka kamu syirik kerana kamu menyatakan ada benda lain yang bukan dari Allah bermakna ada tuhan yang lebih besar dari Allah. astargfirullah… Fahami maksud dua kalimah syahadah. Fahami ilmu Sifat 20 Yang menerangkan maksud kalimah la ilaha illa allah. Bila fahami betul-betul ilmu tauhid insyaalah tidak syifik. Apa jua bahasa jika betul tauhidnya maka ia tidak syirik.

     
  11. "Gerak diam"

    9 Januari 2012 at 09:16

    ILMU PEMBUKA SEGALA KEBAL…

    pasti ada antara kita yang tahu….

     
    • labu

      14 Januari 2012 at 09:16

      MCM mane ilmu tuh? di harapkan dpt dikongsi. ;p

       
  12. Hang Tuah

    9 Januari 2012 at 09:16

    Carilah guru yang mursyid untuk belajar. Jangan berguru dengan kitab nanti disesatkan balik oleh kitab. Yang ghaib dan yang zahir semuanya dari Allah. Jika ada yang bukan dari Allah adalah mustahil. Jika ada yang bukan dari Allah bermakna ada tuhan lain. Syirik!!!

     
  13. Ibnu Nashir

    11 Januari 2012 at 09:16

    السلام عليكم
    Ambo tak pandai sangat, cuma tak kenan cara sahabat kita royak zaman Rasulullah ada ko ilmu kebal, sebenarnya Rasulullah sendiri banyak suruh umat Islam amal Doa dan Aurad mohon selamat Dunia dan Akhirat,contoh doa بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الارض ولا في السماء وهو السميع العليم
    adalah contoh ayat kebal, jika tahu maknanya, Tauhid dan yakin hanya Allah sahaja boleh memberi manfaat dan mudhorat, ilmu sebeginilah tak salah dalam Islam, yang salah ialah ilmu memuja syaitan supaya jadi kebal, bukan ke ayat kebal yang di ajar oleh Rasulullah sendiri malah dituntut amal, sehingga ada riwayat salah seorang sahabat, maaf kurang pasti namanya dicabar minum racun demi nak buktikan Islam itu benar didepan orang kafir, namun dibaca dulu ayat diatas dengan izin Allah selamat, tak silap ambo Saidina Khalid Al-Walid. Islam tak suruh kita perang hentam keromo gitu, nak mati syahid jgn tukar bunuh diri pulak, kena minta selamat dulu, usaha supaya menang dengan strategi dan amalan kerohanian, baru betul konsep syahid tu, sama lah dengan hok berani mati pergi bom diri sendiri pahtu bukan sasar kepada tentera kafir, gi serang kanak2 dan orang tua, orang awam yang tak bersalah, aii…silap2 gaya mati katak ada, cuma Rasulullah tak sebut lah KEBAL jah, contoh lain amalan Doa Saidina Anas Bin Malik yang diterima daripada Rasulullah sendiri, sampai nampak singa pulok musuh kawan tu, aii…marah wahabi kalu royak banyak2…wassalam

     
    • Saiful

      30 Mac 2012 at 09:16

      ambo setuju hoh demo ghoyak..

       
  14. Rudy

    17 Februari 2012 at 09:16

    Alhamdulillah..sebab allah telah memberi sesuatu dalam hidup kita untuk berkeyakinan.dan memberi penjaga kitab suci allah.renung2’kan para sahabat dan abang dan juga adik2.sesiapa saja boleh,tapi ingat lah guna’kan untuk kebaik’kan seperti membela yang benar bukan yang salah.sebab sehebat mana pun kita jika kita salah itu dah melanggar ajaran agama,jadi guna’kan lah kebaikan yang allah suruh.renung2 kan dan..as’salamualaikum….;-)

     
  15. org tua manjung

    22 Februari 2012 at 09:16

    salam semua mat kilau . tok bahaman , tok gajah , mat kelantan , tuk janggut, tuk maharajalela , tok sagor , amal ilmu kebal , adakah kamu semua tak percaya ….atau lupa ttg sejarah ilmu kebal ….ilmu ini tak slah diamalkan asal utk mempertahankan agama ,bangsa dan negara ,,,renungkanlah cari jawapan kenapa mereka semua amal ilmu kebal ….lu carilah sendiri bebbb

     
    • labu

      25 Februari 2012 at 09:16

      org tua manjung. betol la tuh. sy setuju sgt. ade “sebab musabab” depa mengamalkan amalan ilmu kebal. bg sy zaman skrg ni jatuh “harus” blaja ilmu kebal. kerana ape? hah tu dia. tgok dlm tv dlm surat khabar. ade la jawapan nya. aminn. org tua manjung ade amalan ilmu kebal? meh la kongsi2 ngn ank2 muda mcm sy nih ;p insyaAllah akalu di izinkan. wasalam.

       
  16. Saiful

    30 Mac 2012 at 09:16

    Sewaktu Nabi Sulaiman as meminta memindahkan istana balqis ke wilayahnya , bukankah seorang manusia (Beliau bernama Ashaf) yg dapat memindahkan istana tersebut lebih hebat dari jin ifrit..
    Ashaf ini juga telah dapat mengambil kubah yg disuruh oleh Nabi Sulaiman as di dalam laut sedangkan Jin Ifrit pun tidak mampu.. Cari ceritanya kalau jumpa..
    Sewaktu saidina Ali jika saya tidak silap,, meminum racun membuktikan bahawa tidak ada kuasa selain dari allah swt yg dapat memudaratkan tubuh badannya.. beliau membaca

    Bismillahhilladzilayadurrumaasmihi syaiunfilardi wala fissamai wahuassamiul alim..
    ( cari bacaan yg betul mungkin saya ada tersilap taip)..
    Dan beliau tidak apa2 setelah meminum racun tersebut..
    Jgn terlalu dibobrokkan dgn cerita Jin dan Syaitan sahaja.. kenali siapa Pencipta kita.. Manusia lebih hebat dari jin dan syaitan sebenarnya.. cuma dalam mencari ilmu sebegini kena berhati2 itu saja.. Kemampuan diri manusia melebihi jangkauan.. Bayangkan Nabi kita Muhammad saw boleh naik ke aras Allah swt sedangkan malikat pun tidak mampu..
    Itulah kelebihan manusia ..

     
  17. saiful

    30 Mac 2012 at 09:16

    betulkan jika saya ada tersilap.. tQ..

     
  18. Saiful

    4 April 2012 at 09:16

    Maaf saya silap.. Pembetulan Nama Asif bukan Ashaf …

    Asif bin Barkhiya (آصف بن برخيا), Asif dengan huruf sod (ص) bukan sin (س). Beliau ialah anak saudara (belah perempuan) Nabi Sulaiman ASW atau sepupunya. Bertugas sebagai penulis di zaman pemerintahan Nabi Sulaiman ASW sekaligus menteri. Juga sebagai kawan rapat dan pengawal Nabi Sulaiman yang sentiasa mengikut ke mana Nabi Sulaiman pergi dan beliau antara perunding/jurucakap utama bagi kerajaan Nabi Sulaiman ASW.

    Seorang yang soleh, abid dan dikatakan mengetahui Ismu Allah yang Maha Agung sehingga amat mustajab doanya. Setengah riwayat nama beliau ialah Astum (أسطوم), Yalikha (يليخا), Natura (ناطورا), Asaf (أساف), Barkiyah (بركية), dalam Ibrani disebut Benyahu (بنياهو). Manusia dari kaum Bani Israel bukan golongan jin.

    Beliaulah yang memindahkan Istana Ratu Balqis dari Kerajaan Saba’, Yaman ke Palestin dengan doanya yang mengandungi Ismu Allah yang Maha Agung. Kisah ini dirakamkan dalam al-Quran, Surah al-Naml ayat 38-41:

    قَالَ يَا أَيُّهَا الْمَلأ أَيُّكُمْ يَأْتِينِي بِعَرْشِهَا قَبْلَ أَنْ يَأْتُونِي مُسْلِمِينَ (٣٨) قَالَ عِفْريتٌ مِنَ الْجِنِّ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَنْ تَقُومَ مِنْ مَقَامِكَ وَإِنِّي عَلَيْهِ لَقَوِيٌّ أَمِينٌ (٣٩) قَالَ الَّذِي عِنْدَهُ عِلْمٌ مِنَ الْكِتَابِ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَنْ يَرْتَدَّ إِلَيْكَ طَرْفُكَ فَلَمَّا رَآهُ مُسْتَقِرًّا عِنْدَهُ قَالَ هَذَا مِنْ فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ وَمَنْ شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ (٤٠) قَالَ نَكِّرُوا لَهَا عَرْشَهَا نَنْظُرْ أَتَهْتَدِي أَمْ تَكُونُ مِنَ الَّذِينَ لا يَهْتَدُونَ (٤١)

    Ertinya: Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): “Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu Yang dapat membawa kepadaKu singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku Dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?” ۝ berkatalah Ifrit dari golongan jin: “Aku akan membawakannya kepadamu sebelum Engkau bangun dari tempat dudukmu, dan Sesungguhnya Aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah”. ۝ berkata pula seorang Yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: “Aku akan membawakannya kepadamu Dalam sekelip mata!” setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisiNya, berkatalah ia: “Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku Adakah Aku bersyukur atau Aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. dan (sebenarnya) sesiapa Yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa Yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana Sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah”. ۝ Nabi Sulaiman berkata pula (kepada orang-orangnya): “Ubahkanlah keadaan singgahsananya itu, supaya kita melihat Adakah ia dapat mencapai pengetahuan Yang sebenar (untuk mengenal singgahsananya itu) atau ia termasuk Dalam golongan Yang tidak dapat mencapai pengetahuan Yang demikian”.۝

     
  19. saiful

    4 April 2012 at 09:16

    sahabat nabi yang meminum racun adalah Khalid Al-Walid bukan Saidina Ali harap maklum .. Maaf kekhilafan..

    Khalid Al-Walid Minum Racun.

    Bila namanya disebut, gentar hati musuh. Seorang sahabat Rasulullah yang berjaya memimpin pasukan tentera mengalahkan tentera Parsi dan Rom. Gelaran Pedang Allah / Saifullah tidak membuatkan dirinya sombong. Bahkan beliau mengharapkan keredhaan Allah. Berperang kerana Allah bukan kerana arahan khalifah.

    Beliau mendambakan mati syahid tetapi akhirnya beliau menemui Allah di atas katil. Semua ini ketentuan Allah. Hanya Allah yang mengetahui tempat dan waktu ajal kita.

    Pernah suatu ketika, Khalid bin Al-Walid memerintahkan tenteranya mengepung benteng-benteng ini. Namun begitu, terdapat juga anggota tenteranya yang tidak sabar mahu menyerbu masuk bagi menamatkan pengepungan itu. Bagi mereka, penantian itu suatu penyeksaan.

    “Tentera kita sudah berpengalaman menembusi benteng seperti ini. Mereka hanya menunggu perintah daripada panglima bagi membuat serbuan,” kata Yazid.

    “Mereka yang berlindung di sebalik benteng itu kebanyakannya terdiri daripada wanita yang suaminya dibunuh dalam peperangan dan kanak-kanak yang kehilangan bapa. Tentera yang mempertahankan benteng itu kurang hebat kerana pahlawan yang terbaik sudah kita bunuh,” jelas Khalid bin Al-Walid.

    “Cukup sekadar serang dari luar sahaja. Saya yakin tidak lama lagi mereka pasti kalah,” sambung Khalid lagi.

    Beliau mahu tentera Islam sabar. Kejayaan pasti menjadi milik mereka, cuma kesabaran itu perlu disemai supaya tidak berlaku pertumpahan darah yang banyak, terutama sekali di kalangan wanita dan kanak-kanak. Mereka tidak patut diperangi tetapi perlu dibantu.

    Tentera Islam mematuhi arahan itu. Mereka menghujani benteng itu dengan anak panah, api dan batu yang dilontar dengan menggunakan pelantik. Ramai musuh yang terbunuh dan cedera akibat serangan itu. Ada juga sebahagian benteng yang mula pecah akibat hentaman batu yang dilemparkan oleh tentera Islam.

    “Musuh yang mempertahankan benteng Benbaqilla mengibarkan bendera putih. Mereka mahu menyerah kalah,” kata Muthana bin Harith kepada Khalid bin al-Walid.

    “Suruh mereka buka pintu bentang dan berjalan keluar tanpa memegang senjata. Pastikan itu bukan muslihat peperangan,” Khalid bin Al-Walid mengingatkan Muthana.

    Dalam peperangan apa asahaja boleh berlaku. Mereka perlu bijak dan berwaspada selalu. Tidak lama kemudian, pintu benteng itu dibuka. Mereka yang berkubu di salamnya keluar sambil mengibarkan bendera putih dan mengangkat tangan tanda menyerah kalah. Khalid menyuruh ketua mereka datang menghadap.

    “Siapa nama saudara?” tanya Khalid. dia bertanya dengan penuh hormat walaupun dalam ketegasan.

    “Nama saya Amru al-Masih, tetapi kaum saya memanggil dengan nama Ibnu Baqilah,” jawabnya.

    “Berapa tahun umur saudara?” tanya Khalid al-Walid lagi.

    Dia tidak faham kenapa insan tua seperti itu boleh terlibat dalam perang. Jawatannya sebagai ketua mendatangkan pertanyaan di mindanya dan menimbulkan rasa hairan di hatinya. Matanya masih tertancap pada insan yang sedang berdiri di hadapannya.

    “100 tahun,” jawab Ibnu Baqillah.

    Khalid tersentak sedikit tetapi dia pandai menyembunyikan rasa terkejutnya.

    “Mengapa saudara dilantik menjadi ketua dalam umur begini?” Akhirnya terkeluar juga persoalan yang berlegar-legar di mindanya.

    Ibnu Baqillah tersenyum mendengar pertanyaan itu. Memang dia sudah menjangkakan soalan itu pasti terbit dari bibir pahlawan yang digeruni ramai itu.

    “Ini kerana saya lebih bijak daripada kaum saya,’ jawabnya tanpa ada perasaan megah. Dalam hatinya, dia baru sahaja berniat mahu berdamai dengan tentera Islam.

    “Mengapa saudara membuat benteng?” tanya Khalid.

    “Saya mengurung orang bodoh supaya dibuka oleh mereka yang cerdik,” Khalid tersenyum mendengar jawapan itu.

    “Adakah saudara ingin menyerah diri atau berperang?” tanya ketua pahlawan Islam itu lagi.

    “saya mahu menyerah diri,” katanya dengan yakin.

    “Mengapa perlu berperang sekiranya sudah tahu kemenangan pasti menyebelahi pihak musuh? Langkah paling bujak adalah berdamai,” tambahnya lagi.

    “Saudara mahu memeluk islam atau membayar jizyah?”

    “Saya mahu membayar jizyah,” jawab Ibnu Baqillah.

    “Saudara boleh hidup dengan aman dan berpegang kepada agama asal,” balas Khalid bin al-Walid lagi.

    Tiba-tiba Khalid ternampak botol kecil trejatuh dari saku baju Ibnu Baqilah. Serentak dengan itu, dahinya berkerut sehingga keningnya hampir bercantum dua.

    “Apa yang terkandung dalam botol itu?” tanya Khalid.

    “Sejenis racun yang amat bisa. Sesiapa yang meminumya pasti mati serta merta,” jawab Ibnu Baqilah.

    “Mengapa saudara bawa racun ini?” tanya Khalid al-Walid. Dia benar-benar hairan.

    “Sekiranya dipenjarakan, saya mahu minum racun ini kerana saya lebih rela mati daripada dipenjarakan. Sekiranya tindakan saya berunding dengan saudara tidak dipersetujui oleh kaum saya, saya lebih rela mati daripada hidup dibenci oleh kaum sendiri,” Ibnu Baqilah memberitahu Khalid dengan jujur tanpa berselindung.

    Khalid al-Walid mengambil racun itu lalu berkata dengan penuh yakin,”Racun ini tidak boleh membunuh orang selagi belum sampai ajalnya.”

    Baginya, seseorang itu tidak akan mati tanpa izin dari Allah.

    “Racun itu amat berbisa. Sesiapa sahaja yang meminumya boleh mati serta merta,” Ibnu Baqilah membantah kata-kata Khalid bin Al-Walid.

    Beliau kelihatan yakin. Penutup botol dibuka. orang lain memandangnya dengan cemas.

    “Jangan minum racun itu. Ia akan memudharatkan tuan,” Yazib cuba menghalangnya.

    “Lebih baik buang sahaj racun itu,” kata Muthana.

    Namun begitu Khalid tetap bertegas mahu meminumya.

    “Saya mahu buktikan racun ini tidak memberi apa-apa kesan kepada diri saya dengan izin Allah,” ujar Khalid.

    Kemudian Khalid berdoa yang membawa maksud,

    “Dengan nama Allah yang sebaik-baik nama, Tuhan penguasa bumi dan langit yang dengan namanya racun ini tidak mendatang mudharat.”

    Selepas membaca doa itu, Khalid mendekatkan botol beracun itu ke bibirnya.

    “Jangan minum!” ada suara yang menjerit dnegan tindakannya.

    Khalid terus meneguk racun itu dan menelannya.

    Orang ramai terpegun. Masing-masing bingung dengan keberanian pahlawan Islam itu. Ibnu Baqilah adalah orang yang paling terkejut kerana Khalid mampu tersenyum dan berdiri selepas menelan racun itu.

    “Mustahil tiada apa-apa berlaku selepas meminum racun itu,” bisik hatinya.

    Mulutnya melopong kerana kehairanan.

    “Saya sudah beritahu saudara yang racun itu tidak boleh memudharat sesiapa dengan izin Allah,” Khalid Al-Walid mengulangi kata-katanya.

    Hebatnya keyakinan para sahabat. Mungkin kita tidak seyakin Khalid untuk bertindak sedemikian. Dengan tindakannya ini, ramai yang memeluk Islam. Subhanallah!

    Khalid al-Walid juga seorang yang pandai mengatur strategi peperangan. Dalam peperangan melawan tentera Rom 240 000 tentera. Manakala tentera Islam seramai 40 000 orang sahaja. Jika dikira secara logik mustahil tentera Rom boleh kalah.

    Antara rahsianya yang disebut oleh tentera Rom kepada Maharaja Hercules.

    “Tuanku, tentera kita berperang dengan satu kaum yang berpuasa pada siang hari dan beraml ibadat pada waktu malam. Mereka berpegang teguh pada janji, saling berkasih sayang sesama mereka bagaikan saudara sendiri. Mereka sentiasa mengerjakan kebaikan dan tidak melakukan kemungkaran,” katanya dengan jujur.

    “Tentera kita pula suka minum arak, melakukan zina, selalu mungkir janji, suka berbuat jahat dan melakukan kezaliman. Disebabkan itulah kita kalah,” tambahnya lagi walaupun suaranya ketakuta dihadapan maharajanya.

     
  20. mat

    15 Mei 2012 at 09:16

    kereta kebal..hi..hi..gurau aja

     
  21. Amir Hamzah Abdul Hamid

    3 Julai 2012 at 09:16

    Kebal dgn berjalan atas air mana yg lebih hebat/ajaib ?

     
    • tokuban78

      6 Julai 2012 at 09:16

      org kebal boleh jadi ramai bejalan atah air bleh jadi jarang2′

       
  22. kelarfxzack

    10 Julai 2012 at 09:16

     
  23. AfiqKu

    29 Oktober 2012 at 09:16

    Assalamualaikum saudaraku,saya membaca bnyk artikel tntang ilmu kebal,apa yg sye dpt konklusikan adalah TIADA ILMU KEBAL DALAM ISLAM,dpt kite lihat bahawe di mase perang Badar tiada sorang pun umat Islam mempunyai ilmu kebal (tidak juga di mana2 perang lain),kerana tidak pernah diajar Oleh Rasulullah ,kerana ilmu kebal bersifat bathil(menggunakan Jin jika tidak gunakan jin ilmu kebal x menjadi,mesti ade pendamping),Malah dimase perang Badar ramai umat Islam mengejar Syahid ,jika kita kebal bagaimana nak mati syahid???Malah sebaliknya kite menjauhkan diri dari kebaikan sebenarnya..yg Ade Ilmu kebal yg diajar oleh Rasulullah SAW adalah Ilmu kekebalan Hati(tabah,cekal,sabar,memaafkan,kebal dri dicaci,mudah melupakan perbuatan jahat orang lain)..Sekian…..

     
    • tokuban78

      30 Oktober 2012 at 09:16

      wasalam, kalau kita minta doa supaya Allah Taala jadikan kita kebal boleh ke tak?

       
      • org tua perak

        2 November 2012 at 09:16

        minta lah dengan tuhan pasti tuhan bagi kepada kamu . ilmu kebal hanya setitis dari ilmu allah yakinlah nascaya kamu dpt kata guruku hj mat fatani pondok alor tar tumpat

         
  24. den

    31 Disember 2012 at 09:16

    “Tiada ilmu kebal dlm islam” huhu kenyataan yg terlalu yakin… Syahid itu cita2 tetapi ia satu karunia dari allah.. kalau faham sempit mmg islam jd lemah, kita yg kurang atau malas kaji kut dgn menyempitkan ilmu… ingat satu kisah kwn bertanya tentang berkaitan roh, lalu jwb sorang us bhw kita tak diberi byk ilmu oleh allah tentang roh dan ia urusan tuhan jd kita tak blh bicara byk tntang roh… tp selamba kwn tu jwb “sedikit” pada kamu itu adakah sama sedikit di sisi allah? Adakah kamu mengatakan sedikit setelah kamu mengkajinya… begitu juga dlm hal kebal, yg kita tak tau bukan tak ada, barangkali dimensi dan sudut pandang yg berbeza menyebabkan kita gagal menemui… den? Huh hiris jari luka keluar darah haha

     
    • tokuban78

      31 Disember 2012 at 09:16

      ilmu hok kita ada ni umpama kanak2 yg baru nak merangkak jika nak dibandingkan dgn ilmu alim ulama dan tok2 guru zaman dahulu..oleh itu jgn lah terlalu gelojoh menilai dan cepat menjatuhkan hukum terhadap ssuatu perkara yg kita tak ada ilmu atau kurang maklumat mengenainya.

       
  25. Gue aja

    28 Februari 2013 at 09:16

    ilmu kebal ilmu sihir berbalut islam atau tipu daya setan untuk menghancurkan aqidah kita sebagai muslim, tak ada dlm Al quran dan Assunnah yg mengajarkan ilmu tersebut…kita diajak utk berfikir islam tak pernah mengajarkan ini Rosul saja ketika perang tanggal giginya dan dan para sahabat byk gugur di medan perang..klo Rosul memiliki ilmu kebal pasti beliau akan mengajarkan kpd sahabat2nya untuk membela islam…hati2 saudara2ku akan tipu daya syaiton..!!

     
  26. naga tidur-tapa

    9 April 2013 at 09:16

    kebal?hmm..dulu sy pnh kene tetak 3 kali dilengan kanan..luka luar xde tp bekas pisau ad lg kabur2..ad kesan lebam jer mungkin rs gugup bila ditetak kali ke-2..hehe..ngeri..tp xde jmpi serapah pn time tu just mantapkn hati hingga seolah2 lenyap dlm zikir…tp skrg ni luka tetap luka kalau jatuh..haha..tp tobat dh biarlah aku x mitak lg ilmu tu..ngeri kena uji mcm tu..

     
  27. SUJAMAK

    6 Jun 2013 at 09:16

    Kebal adalah sejenis ilmu dunia. Kebal, tenaga dalam, ilmu kebatinan tidak sesat selagi kita tidak melakukan atau melepasi batas2 iman dan kufur. Seseorang jadi kafir atau sesat bila ia melepasi batas2 iman dan kufur walaupun tak belajar apa2 ilmu hikmat.
    Nak tahu jadi sesat atau kafir kamu kena belajar syariat. Bagaimana mentauhidkan Allah pada Rububiah dan Uluhiahnya, mengenal sifat2 Allah yang tak boleh ada pada makhluk dsb.
    Pada zaman nabi dahulu para sahabat tak mahu guna ilmu kebal kerna ingin mencapai kemenangan hakiki dgn syahid. Setiap luka akan mendapat ganjaran yg besar disisi Allah kelak. Ada seorang sahabat minta nabi doakan kemenangan dalam setiap pertempuran utknya, nabi doakan. Dihujung usia tuanya ia menyesal dan memintanya anak2nya membawanya pd setiap peperangan dan beliau sentiasa menang. Akhirnya beliau mati dalam peperangan kerana usia tuanya.
    Apa2 ilmu yang wujud ditengah jagatraya ini semuanya milik Allah. Ada pilihannya untuk kita sama ada haram ada halal. Untuk menilai halal haram ada panduannya.
    BUKANNYA ASAL TIADA PADA ZAMAN NABI JADI HARAM. ITU NAMANYA MENGHUKUM TANPA BELAJAR.
    Anda dah berusaha belajar ilmu hikmat, jadi anda carilah syariat agar tidak sesat.
    SEKIAN –
    SUJAMAK – PONDOK LEMAL, PASIR MAS, KELANTAN.

     
  28. SUJAMAK

    7 Jun 2013 at 09:16

    Semua ilmu sakti dunia yg dituntut ada kelemahannya, di Indonesia dinamakan sakti mandraguna. Hakikat ilmu semuanya dari Allah, pada zaman wali songo (songo = sembilan dalam bahasa Jawa), para wali dianugerahkan Allah dengan berbagai kesaktian tanpa belajar. Sesuai dgn masa itu mereka berhadapan dengan sihir dari pendita Hindu buddha yang dinamakan Begawan. Ilmu yang dikurniakan Allah SWT tiada tandinganya kerna kedekatan diri dengannya.
    Joko Samudera yang lebih dikenali sebagai Sunan Giri (dikenali juga sebagai Maulana Ainul Yaqin ) di cabar oleh Begawan Mintasemeru ( yg memimpin padepokan di Gunung Lawu ) dengan berbagai aji kesaktian (Begawan @ Brahmana @ sami besar). Diriwayatkan Begawan mampu mencipta sesuatu dengan menghening cipta. Mampu berlari cepat, terbang diudara. Ilmu kanuragannya tak terkatakan sangat tinggi. Diringkaskan cerita :-
    Begawan pergi berjumpa Sunan Giri di Padepokan Giri dan mencabarnya beradu kesaktian.
    Begawan berkata “ ditanah Jawa ini hanya boleh ada satu orang saja yang dianggap sakti”. Katanya, barang siapa yang kalah akan dibunuh dan dia akan pasrah jiwa dan raganya kepada Sunan Giri kalau ia kalah.
    Sunan Giri menjawab “ Sesungguhnya segala apa yang ada dilangit dan bumi adalah milik Allah tuhan seru sekelian alam. Saya sedikit pun tidak mempunyai kesaktian. Semua ilmu adalah milik Allah. Tuan bermaksud mengalahkan dan memutuskan kepala saya, kalau Allah tidak mengizinkan, seribu orang seperti tuan pun tidak akan mampu melksanakannya.”
    “Jelasnya tuan menerima tantangan saya?” tukas begawan Mintasemeru .
    “ silakan bila tuan ingin mencoba ilmu yang Allah pinjamkan kepada saya”. Sahut sunan Giri.
    Sayembara ini berlaku dalam beberapa babak :-
    Tebak atau teka – Sunan Giri menang
    1) Majik kesaktian – Sunan Giri menang
    2) Silat dan jurus kesaktian tenaga dalam. – Sunan Giri menang.
    Semasa Begawan mengerahkan ilmu silatnya, ternyata Sunan Giri meladeninya dengan ilmu silat yang serupa namun gerakan Sunan Giri lebih mantap dan sempurna. Begawan merasa seperti bertempur dengan gurunya sendiri.
    Juga semasa mengerahkan ajian kesaktian(jurus tenaga dalam) ternyata pukulannya membalik kearah dirinya sendiri.
    Akhirnya Begawan pasrah jiwa dan raganya pd Sunan Giri dan memeluk Islam dengan rela hati.
    KESIMPULANNYA DISINI !! :-
    SIAPAKAH YANG BERANI MENYATAKAN SUNAN GIRI SESAT KERANA MEMPUNYAI HIKMAT DAN KESAKTIAN SEPERTI INI.
    Untuk makluman para pembaca, Sunan Giri merupakan antara pelupor “SANTRI PUTIHAN” (didukung oleh Sunan Ampel dan Sunan Drajat).
    Santri Putihan satu mazhab manakala Santri Abangan satu mazhab (didukung oleh Sunan Kalijaga, Sunan Muria, Sunan Bonang, Sunan Kudus dan Sunan Gunung Jati)
    Sunan Giri sangat dalam ilmu Tauhid dan fikihnya, berhati2 memutuskan hukum kerna takut tak sesuai dgn ajaran Nabi. Tiada kompromi dgn adat istiadat dan kepercayaan lama seperti animisma dan dinamisma. Ibadah menurutnya mesti dilaksanakan secara murni serta konsekuen dan harus sesuai dengan AlQuran dan sunnah Rasulullah saw.
    Santri Abangan agak longgar sikit pelaksanaannya untuk mempercepatkan penyebaran ajaran Islam, yang kemudiannya akan disempurnakan oleh orang selepasnya

     
  29. SUJAMAK - Pasir Mas, Kelantan.

    7 Jun 2013 at 09:16

    Banyak orang berpendapat kalau bersifat ghaib mesti dibantu JIN. Sehingga ketika orang belum kenal kuman berpendapat penyakit itu dari jin, setan dan iblis. Zaman berlalu, manusia sudah boleh melihat kuman yang bertanggung jawab terhadap penyakit. .
    Coba perhatikan cerita di zaman Nabi Sulaiman, Jin Ifrit (dikalangan jin dia paling hebat) bertanding dgn Asif bin Barkhiya (manusia) untuk memindahkan Istana ratu Balkis dari Saba’ ke Palestin dan manusia menang.
    PERSOALANNYA IALAH ;-
    “ DISINI KITA LIHAT, KALAU IFRIT JIN PALING HEBAT!. SIAPA PULA YANG MEMBANTU ASIF? ”
    KALAU IA DIBANTU OLEH JIN TENTU IA KALAH SEBAB IFRIT ADALAH JIN PALING HANDAL. CAMMANE ASIF BOLEH MENJADI BEGITU BERKUASA MENGATASI IFRIT.
    KESIMPULANNYA IALAH ;-
    INGATLAH KITA KEPADA PUNCA SEGALA KEKUATAN DAN KEKUASAAN IA ITU ALLAH TAALA TUHAN SERU SEKELIAN ALAM. DIMANA KITA DISURUH BERIBADAT KEPADANYA.

    Kalau kena caranya, anda akan dapati solat itu ibadat yg lebih hebat dari meditasi (@ pertapaan @tapabrata @ semedi @ samadhi @menghening cipta). Bukan solat standard Pre School Kindergarten. Tentunya solat sempurna yg lebih advanced. Jadi carilah ilmu utk mencapai solat yg sempurna.
    Semakin anda mendalami ilmu ini anda akan dapati ia menjadi semakin tersangat luas dan penghujungnya mesti bertaqwa kepada Allah dan jangan terpesona dgn segala hiasan ditaman ilmu itu.

     
    • tokuban78

      7 Jun 2013 at 09:16

      Alhamdulillah penjelasan ayng amat jelas syukran

       
  30. khairudin

    24 September 2013 at 09:16

    sedangkan nabi patah gigi semasa perang,,,apa hak kita utk kebal sedangkan nabi tidak kebal,,,

     
    • tokuban78

      25 September 2013 at 09:16

      sedangkan nabi naik unta apa hak kita untuk naik kereta sedangkan nabi naik unta..Nabi saw telah menyertai banyak peperangan, dalam perang yang mana satu Nabi saw patah gigi itu?

       
  31. muhammad

    25 September 2013 at 09:16

    Ilmu kebal terdapat banyak jenis. Ada menggunakan ilmu hitam. Ada juga menggunakan sumber dari alam semulajadi seperti batu geliga dan ada juga yang menggunakan ilmu batin( ilmu dalaman manusia tanpa menggunakan jin/khadam).

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 105 other followers

%d bloggers like this: