RSS

EDISI JUMAAT : 7 SELENDANG KHAZANAH, warisan sakti pendeta guru

23 Sep


Assalamualaikum wahai saudara dan sahabatku sekelian

Satu lagi aset rahsia yang sempat saya cungkil dari gedung rahsia para ulama dan hulubalang terbilang ialah hikmat selendang 7. Mendengar namanya buat pertama kali pun sudah menaikkan bulu roma, itu petandanya ia bukan hikmat sebarangan. Orang yang benar-benar berdisiplin dan mampu beristiqamah dalam proses pengamalannya adalah orang yang layak menyandang tujuh helai selendang pusaka keramat warisan para ulama ini.

Tahap pembelajaran ilmu selendang ini mengandungi 7 peringkat. Setiap peringkat mesti diselusuri setiap penuntut dengan penuh disiplin dan istiqamah. Kerana tanpa keduanya boleh menyebabkan kegagalan berlaku.
Dari peringkat pertama untuk keperingkat seterusnya masing-masing memakan masa selama 70 hari. Sehinggalah tamat selendang ketujuh pelangi sakti. Setiap penuntut yang berjaya sampai ketahap yang paling tinggi ini bererti dia sudah melengkapkan dan menyempurnakan ilmu ini.

Maka bukan calang oranglah yang berjaya menyandang ketujuh selendang ini. Selamatlah dia di dalam peliharaan Allah Taala dari segala kejahatan makhluk duniawi. Bak kata Sayyiduna Kaab Al-Ahbar “ jika berkatup langit atas bumi sekalipun, nescaya lepas aku dengan 7 ayat dari kitabullah”. Mari pula kita dengarkan syair Tok Uban berkaitan selendang 7 ini.

Padaku milik tujuh selendang,
Sehelai cindainya sewarna cahaya
Tujuh lembar tujuh cahayanya
Bertuahlah badan siapa memakainya

Khazanah saqti warisan Melayu
Simpanan rahsia turun temurun
Tujuh hari puasa berturut
Sebagai syarat qabul amalan

Selendang terlilit kemas terbalut
Dari bahu melintang dada
Tujuh malam Yasin dikhatam
Sempernalah syarat qabul terima

Tujuh cahaya lambang martabat
Tujuh puluh hari menyusur jalan
Bukan senang mencapai darjat
Jika mujahadah banyak halangan

Tujuh selendang rahsia Melayu
Ilmu sakti alim ulama
Siapa yang sudi datang bertemu
Layak juga kuberi izinnya

                                                     (Tok Uban)

Setiap 1 muharam majlis pengijazah akan diadakan.Untuk satu sesi hanya 7 orang sahaja yang layak akan dipilih. Setiap  penuntut dikehendaki menyediakan 2 meter kain hijau dan 2 botol minyak atar/wangi. Jika ada dikalangan pembaca yang berminat nanti bolehlah berjumpa saya. Berikut adalah susunan tahap pembelajaran selendang 7:-

7  SELENDANG  PUSAKA MELAYU

( 1 ) SELENDANG HIJAU

( 2 ) SELENDANG MERAH

( 3 ) SELENDANG KUNING

( 4 ) SELENDANG BIRU

( 5 ) SELENDANG PUTIH

( 6 ) SELENDANG EMAS

( 7 ) SELENDANG PELANGI SAKTI

Syarat-syarat untuk mempelajarinya:

1-      Beragama Islam

2-      Lelaki

3-      Lancar bacaan Al-Quran.

4-      Tak pernah tinggalkan solat fardhu

5-      Berumur 30 tahun dan ke atas

6-      Sebaiknya sudah berkahwin

7-      Yakin

About these ads
 
47 Komen

Posted by di 23 September 2011 in doa

 

Label:

47 responses to “EDISI JUMAAT : 7 SELENDANG KHAZANAH, warisan sakti pendeta guru

  1. Nik Iznan

    26 September 2011 at 09:16

    Assalamualaikum wbt..adakah sama dengan ilmu selendang kuning yang mana ianya beramal dengan 7 ayat kitabullah juga. dimulai dengan syahadah..melihat kepada sajak Tok Uban..ada persamaan yang dapat saya rasakan.

     
    • tokuban78

      27 September 2011 at 09:16

      waalaikumussalam wbt…dlm ilmu slendang 7 ni memang ada 7 ayat dr kitabullah itu, tapi ia tidak memakai nama selendang kuning bahkan memakai nama selendang biru. adapun selendang kuning dlm hikmat selendang 7 ini, amalannya adalah ayat lain yg dikenali sebagai doa Sayyidul Amir Al-Bukhari.. wallahua’lam.

       
      • Nik Iznan

        27 September 2011 at 09:16

        Alhamdulillah..semakin jelas perkongsian maklumatnya..kalau tak keberatan mcm mana utk saya yang daif ini ingin berguru dengan Tuan Guru Tok Uban.

         
      • tokuban78

        28 September 2011 at 09:16

        ambo ni tak layak di panggil tok guru, ambo lebih suka dianggap sbgai sahabat shj. insyaallah ada jodohnya kita bersua nanti. ambo loni dok serwak cuti skolah baru balik kb..kalu dh cukup 7 org ambo akan aturkan pertemuannya nanti. bi izniH

         
  2. al-manfaluti

    27 September 2011 at 09:16

    Salam tok uban, saya tak tahu langsung tentang amalan ini, harap dapat ijazah daripada Tok ni, tujuh ayat tu, ayat tujuh ke.

     
    • tokuban78

      28 September 2011 at 09:16

      wasalam, saya hanya sekadar menjaga dan menyampaikan amanah ilmu, insyaallah ada jodohnya kita bersua,

       
      • Nik Iznan

        1 Oktober 2011 at 09:16

        Insya Allah..Harap jangan lupo la ko ambo nih..

         
  3. azman

    11 Oktober 2011 at 09:16

    assalamu’alaikum..
    tok…jika tidak keberatan ingin saya mempelajari nya..

     
    • tokuban78

      12 Oktober 2011 at 09:16

      insyaallah boleh jika anda mampu dan berkelayakan..ilmu ini bukan barang2 orang dapat menanggungya.

       
      • azman

        17 Oktober 2011 at 09:16

        insyaallah tok..kalau di izin oleh Allah..DARI ALLAH,KEPADA ALLAH,KEMBALI PADA ALLAH..

         
  4. labu

    12 Oktober 2011 at 09:16

    wah tok. dgor je pn dah ada mcm satu aura jek. ;p ingtkn selempang 9. uhuuu. ada isim tak ilmu ini??? mcm berat jek amalan nya. katakan kalau tak lepas peringkat yg berikut nya mcm mana tok? mgikut pengalaman tok, berapa lame nk sampai dari satu peringkat ke peringkat berikut nya??? bulan muharram dah hampir nk tiba. lg satu bulan lebih je. dah cukup ke tok ahli 7 org nya? bagaimana syarat2 atau tatacara untuk menjadi ahli nya?

     
    • tokuban78

      13 Oktober 2011 at 09:16

      emmm..payoh ambo nak jawab..

       
  5. labu

    13 Oktober 2011 at 09:16

    oh. payah nk jawab maknanya payah jugak la nk menyandang selendang nih. ehee ;p nk sampai ke 70 hari tu pn belom tentu. kene pulak org yg nk ambil ijazah nya kerja makan gaji. masa tak menentu. berminat jugak tp rasenya peringkat pertama pn tak sampai kot. kuikuikui ;p

     
  6. Hisham Ghazali

    20 Oktober 2011 at 09:16

    Assalamualikum tok…kawe berminat sangat dengan ilmu2 yang tok selalu paparkan, kawe nak belajar jugok kalau dizinkan oleh tok, tapi satu kelemahan kawe, mengaji tak berapa lancar…cam ne ye tok?

     
    • tokuban78

      21 Oktober 2011 at 09:16

      waalaikumussalam..ambo bukan taksir wi, tapi kalu mengaji x berapa lancar ia akan menjadi masalah bila time nak belajar dan beramal ilmu ni..hok moleknya biar lancar dululah pah mari jupo ambo ambo bui insyaallah.

       
  7. sufri

    20 Oktober 2011 at 09:16

    salam,bolehkah tok saya ingin mendaftar untuk belajar ilmu ini………..

     
    • tokuban78

      21 Oktober 2011 at 09:16

      wasalam boleh jika cukup syaratnya

       
  8. mohdrezal

    11 November 2011 at 09:16

    assalamualaikum tok uban, kuasa dan kehendak Allah buat saya tersinggah disini, sememangnya saya yg dhaif dan hina lagi tak pernah berguru silat ini sedang mencari2 guru silat, atas sebab2 tertentu fisabilillah.. kalu ada jodoh minta tolong beri tahu bagaimana cara hamba boleh berguru ilmu2 silat,, setakat nih tergerak hati nk mendaftar ahli silat cekak, insyaallah cukup syarat.. wassalam

     
  9. Matlena

    27 November 2011 at 09:16

    assalamualaikum tok uban , saya telah diwasiatkan sebuah selendang kuning dari arwah ayah saya yang bertulis selawat nabi dalam bahasa jawi.Soalan saya adakah selendang ini dari Ilmu Persilatan Selendang Kuning..

     
    • tokuban78

      28 November 2011 at 09:16

      wasalam..wallahua’lam

       
  10. keris80200LanTrg

    17 Disember 2011 at 09:16

    apa boleh saya pelajari seni ini. saya dari terengganu.

     
    • tokuban78

      19 Disember 2011 at 09:16

      syarat2nya sudah ambo nyatakan, jika menepati maka layaklah

       
  11. ardy

    26 Disember 2011 at 09:16

    ..as’kum..tuan yang dihormati,,yang arif dan penuh pengetahuan ilmu kebatinan..maaf dn minta izin tuan nak bertanya sedikit berkenaan ilmu hikmat selendang 7 ini..apakah ada antara hikmatnya bisa sepertimana hikmat parang terbang seperti ilmu selendang merah & juga bisa tiup pada pasir diizinkan Allah Y’ Maha Esa boleh jadi tebuan y’ berbisa untuk melawan musuh apabila terdesak..mohon maaf dengan pertanyaan saya y’ tersangat daif dan langsung tak ada pelajaran ni..

     
  12. Azlam(trg)

    13 Januari 2012 at 09:16

    Assalamualaikum…..
    semoga rahmat Allah sentiasa atas tokuban dan keluarga serta seluruh umat islam.
    Boleh saya tahu. bila lagi akan diadakan pengijazahan ilmu ini. boleh saya isikansalah satu dari tempatnya
    terima kasih

     
    • tokuban78

      13 Januari 2012 at 09:16

      Waalaikumussalam..insyaallah boleh jika cukup syaratnya..mungkin majlis ijazah akan di adakan hujung thn ni.

       
  13. Azlam(trg)

    16 Januari 2012 at 09:16

    bagaimana caranya untuk tokuban tahu apakah syrat sudah cukup bagi seseorang itu mengisi tempat untuk ijazahnya.

     
    • tokuban78

      17 Januari 2012 at 09:16

      ada saya lampirkan syarat2nya dlm blog

       
  14. Dahlea Al-saadi

    6 Mac 2012 at 09:16

    PAK SAYA PSILAT SELENDANG MERAH

     
  15. azlam teganu

    27 September 2012 at 09:16

    assalamualaikum tok. Boleh tahu. Apakah tahun ini bulam muharam akan dibuka pengijazahan ilmu 7 selendang. Jika ada boleh saya dapat ijazahnya dari tok. Tk.

     
  16. mohd.fadlullah bin ibrahim

    6 November 2012 at 09:16

    setelah membaca blog ini saya rasa macam terpanggil untuk mengaji dgn tuan guru,,macan mana caranya…

     
  17. zul bomba

    7 November 2012 at 09:16

    slam…tok….andai adnya rezki utk sayer dlm ilmu ini….izinkn sayer mnghambkn diri utk mnuntuk ilmu dri tok…dri hmba yg doif dlm sgla sudut..wsallam

     
    • tokuban78

      9 November 2012 at 09:16

      wasalam insyaallah jika lengkap syaratnya sebagaimana yg tersurat

       
      • zul bomba

        13 November 2012 at 09:16

        Salam tok…andai ada rezki n silaturahim…ingin saya ktemu tok utk mnambah ilmu utk kegunaan dunia dn akhirat…ni no hp saya 0199181010 from zul bomba…tok prnah ijzahkan syer kaf 40

         
  18. maria@ampang

    27 Mac 2013 at 09:16

    perempuan tak boleh ke…

     
  19. Nordina

    3 Jun 2013 at 09:16

    No tel tokuban

     
  20. wan selendang putih

    14 Julai 2013 at 09:16

    Suci kan dirimu dan hati nurani mu dulu wahai para saudara seagama ku sebelum kamu ingin pelajari ilmu selendang 7 (dari saudara mu selendang putih)

     
  21. Ariff Sawal ッ (@RienPanda)

    27 Oktober 2013 at 09:16

    Assalammualaikum tok . boleh saya bertanya tentang selendang ini? saya ada dapat berita mengenai puteri selendang hijau. adakah puteri selendang hijau ini ada kaitan dengan selendang yang tok cerita kan di atas? terima kasih atas kerjasama ye tok.

     
    • tokuban78

      27 Oktober 2013 at 09:16

      waalaikumussalam, emm selendang hijau yang ambo ceritakan itu langsung tak ada kaitannya dgn Sang Puteri itu..wallahua’lam

       
  22. jukhairul

    21 Disember 2013 at 09:16

    Asalamualaikum tok,hamba ingin sekali berguru dgn tok,ilmu allah yg maha luas,.bagaimana caranya tok?…harap tok terima hamba yg faqir ini..

     
    • tokuban78

      21 Disember 2013 at 09:16

      wasalam jukahirul..kuotanya dah penuh.

       
  23. jukhairul

    22 Disember 2013 at 09:16

    Blom rezeki hamba nmpknye,.bila ade lg perguruan akn datang,harap sy dpt kesempatan utk brguru,.sbgai ikhtiar utk hamba bersyuhud dgn kudratnya..

     
  24. munie

    31 Mac 2014 at 09:16

    Selendang kuning selendang hijau….pernah jmp, tp selendang biru….Blm jumpa lg…tentg selendang ni Bnyk maksudnya.

     
    • tok chu

      9 April 2014 at 09:16

      kena makan dulu baru tahu rasanya…

       

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 99 other followers

%d bloggers like this: