“Sebelum kenal gerakan, kenal dahulu nafasnya” Tok Uban.
Dalam pelajaran asas silat seni wasilah 7 ada terkandung satu kaedah pernafasan yaitu nafas qutub. Ilmu nafas qutub ini adalah satu teknik pernafasan rahsia yang di olah untuk menghasilkan kekuatan luar biasa. Ilmu pernafasan ini amat penting untuk menghidupkan gerak supaya gerak luar biasa diperolehi. Oleh itu teknik pernafasan ini mestilah diamalkan dan dikuasai oleh setiap penuntut wasilah 7. Jika kita selalu mempraktikkan nafas qutub ini, insyaAllah ia akan menghasilkan pelbagai kesan-kesan yang positif pada diri kita. Selain memberi kecergasan kepada fizikal, ia juga dapat menenangkan minda dan menjadi penawar kepada penyakit jasmani dan rohani.
Ilmu nafas qutub ini bukan sahaja bertujuan untuk menyihatkan tubuh badan, bahkan untuk mendekatkan diri kita kepada Allah Taala. Dalam erti kata lain, kita mengingati Allah pada setiap sedutan dan hembusan nafas, supaya diri terlepas daripada kelalaian dan kealfaan kepada Allah.
Jika kita terasa panas dan sempit dada (beban) ketika mengamalkan nafas qutub ini, itu tandanya jiwa kita belum lagi ada kesediaan dan belum mempunyai ruang untuk ilmu nafas ini. Oleh itu perlu kepada proses penyucian jiwa terlebih dahulu dengan memperbanyakkan istighfar, selawat dan taubat kepada Allah Taala.
Teknik pernafasan sakti ini ada 4 darjah . Untuk mendapatkan hasil yang terbaik dalam ilmu nafas sakti ini, pengamal mestilah melakukan latihan dengan secara berterusan mengikut tertibnya
Jadi bagaimana teknik pernafasan itu? Maka tak dapatlah saya jelaskan disini, kerana sudah dasarnya ilmu rahsia. Seperti kata Ckgu Nasir :”Rahsia biasanya tidak ditulis, ditakuti tidak menjadi rahsia lagi. Kalau ditulispun dalam bait-bait isyarat dan kod. Banyak rahsia disimpan oleh guru-guru di dalam dada, penyampaianya juga bersanad dan bertapis. Intan berlian bukanlah permainan budak”.

Hisham Ghazali
2 Ogos 2011 at 09:16
Assalamualikum
saya tertarik dengan ilmu nafas qutub ini…di manakan boleh saya mempelajarinya/berguru
tokuban78
3 Ogos 2011 at 09:16
waalaikumussalam..insyaallah jika sudah ada ketentuanNya nanti boleh mencari gurunya di dalam negeri Kelantan.
amir arizan
2 September 2012 at 09:16
allahhuha’…..slamat malam tok uban.
Rizal
4 Ogos 2011 at 09:16
adakah Ilmu Nafas Qutub ini ada persamaan dengan Kaedah Pernafasan Zayn Al-Anfas yang diamalkan oleh Ikhwan Asy-Shazuliah Tok?
tokuban78
5 Ogos 2011 at 09:16
mungkin berbeza, yg pastinya saya tak tahu kaedah yg rizal sebutkan itu. wallahia’lam
Rizal
4 Ogos 2011 at 09:16
Tok, buleh ko ambo nok blaja denge Tok ilmu ni…….ambo dok Pasir Mas jah
tokuban78
5 Ogos 2011 at 09:16
insyaallah boleh.
Yenco
25 Ogos 2011 at 09:16
Tok Uban,
Ilmu ini bolehkah di belajar secara jarak jauh ( tidak berdepan ) jikalau si pelajar nyer tinggal berpuluh puluh ribu batu melintasi lautan cina selatan jauh nyer?
Terima kasih Tok Uban.
tokuban78
26 Ogos 2011 at 09:16
ilmu ini amat sukar untuk difahami jika tidak berdepan
Yenco
27 Ogos 2011 at 09:16
Tok Uban,
Nampak nya lama lah lagi perlu di nanti… =)
tokuban78
27 Ogos 2011 at 09:16
jika berjodoh tak kemana insyaallah
Adi Putera
11 September 2011 at 09:16
assalamualaikum Tok Uban…
saya berminat nak belajar ilmu nafas qutub ni.
Tok Uban ni duk kat Pasir Mas ke? tak jauh dengan tempat saya.
sudi kiranya kalau saya nak berguru dengan Tok Uban…
itupun kalau Tok Uban rasakan saya orang yang layak untuk belajar ilmu ni melalui pandangan kasyaf Tok Uban…
tokuban78
11 September 2011 at 09:16
waalaikumussalam saya bukanlah org yg kasyaf..insyaallah jika berminat boleh belajar nanti.
Adi Putera
11 September 2011 at 09:16
terima kasih Tok
bila agaknya Tok akan balik Kelate?
insyaAllah sampai masa nanti saya akan call Tok
tokuban78
12 September 2011 at 09:16
sama2 saya akan balik cuti sekolah akhir tahun ni, sila hantar maklumat tentang diri adi putera sprt nama,umur,status,kerja ,tempt tinggal dll ke one_clantan@yahoo.com
acok16
13 September 2011 at 09:16
Salam.. trm kasih dgn info yg diberikan mmg benar lah ajaran ilmu tajali yg disampaikan yg ddlmnya ada mengenai ilmu nafas yg juga merupakan zikir nafas.. kini keyakinan trhadap ilmu itu brtambah lg setelah membaca entry yg sodara postkn.. mgkn kaedah serta cara diamalkan berbeza ttp pada hakikatnya tidak lari juga dr kalimah yg sama dgunakan dlm mempraktikkan ilmu nafas ini.. mohon maaf jika ada yg salah hamba hanya insan yg jahil masih mencari & perlukan bimbingan..
mfazli
19 Oktober 2011 at 09:16
salam.tok sy pn kalu blh nk blaja jugok tu pon kalu lepah tapisan tp supo xlepah jah sebab jahil sgt.
lann786
2 April 2012 at 09:16
Salam tok uban masehkah sahabat bertugas di Lawas Kerana hamba ingin menuntutdgn tok uban ilmu ini jika tuan maseh di Lawas tidak jauh dgn saya.
tokuban78
3 April 2012 at 09:16
wasalam ya masih
WAN WAN QLA59
4 April 2012 at 09:16
SALAM… PERNAH DENGAR ILMU NI…TP X INGAT DI MANA…. NI DLM KAEDAH PERSILATAN DAN UNTUK ORNG YG BERSULUK…. KENA TAHU ILMU .NI…..
sheikh
22 Mei 2012 at 09:16
salam tok..cam ne nk hubungi tok.ada no fon..alamat umah tok kt ner ye.sy teringin nk berguru ngan tok
tokuban78
23 Mei 2012 at 09:16
wasalam…0148886599
Tajul Akma Daud
24 Mei 2012 at 09:16
As-salam tokuban,
cuti sekoloh ni x balik ko tok?kalu boleh hamba nak bertandang ke rumah tok.nok blajar ilmu nafas ni denge Tokuban.
tokuban78
24 Mei 2012 at 09:16
wasalam ye balik…saudara tinggal di mana?
fazrul
4 Jun 2012 at 09:16
assalam….saya berminat tentang pernafasan qutub,,,,tetapi syaa di pulau pinang… adakah tok sentiasa membuka kelas2 di mana2?
Hazizul
8 Jun 2012 at 09:16
salam utk tokuban..mngkinkah ilmu ini bersanad dari Kanjeng Sunan Ampel atau Sunan Kalijaga..Gerak Faqir..maaf kalu ambo saloh..tp setahu ambo,kalu nk blaja, hati kena bersih dok tok?.seroh ko Allah Ta’ala bulat2 dok?.ambo nok sgt juppo dgn tok nih,byk ilmu ambo nk kongsi dgn tok..
T.zainal
5 Ogos 2012 at 09:16
Assalamualaikum, Tok uban…minta izin untuk komen sedikit berkaitan dgn ilmu nafas, rasanya Tok lebih arif dan lebih tahu dari ambo…cuma setakat pengtahuan ambolah, sebenarnya Nufu, nafas, afas dan tannafas itu adalah berkaitan dengan gerak diri kita dari Allah yg sebenarnya, ilmu ini ada berbagai kegunaan dan peringkat.
diajarkan cara bernafas dalam aktiviti persilatan, diajar cara bernafas semasa berlawan dengan musuh, diajar cara bernafas ketika sakit dan sekalian hajat untuk kehidupan didunia ini termasuk urusan mencari rezeki.
sesungguhnya ilmu nafas ini amatlah dalam, perlu ada guru yang mahir utk menerangkannya secara fizikal dan perlu ada amalan yg batin berserta doanya bagi utk mengamalkannya. ilmu ini amatlah susah untuk difahami dan perlu pada pengalaman dan praktikal.
tokuban78
5 Ogos 2012 at 09:16
ilmu nafas hok ambo perkenal ni ilmu nafas yg biasa2 sahaja…saya tidak arif dgn apa yg tuan sebutkan di atas..
T.zainal
14 Ogos 2012 at 09:16
Salam tokuban,
Saya rasa ilmu nafas yg tok sebutkan itu bukanlah yg biasa, tapi adalah sautu cabang dari ilmu nafas yang mana pokoknya dari nufu, nafas, annafas dan tannafas. Sekadar berkongsi cerita sedikit sebanyak kerana masa sebelum ke universiti dulu saya berminat dengan ilmu kebatinan ni. Tapi saya bukanlah banyak ilmu jika dibandingkan dengan tok, cuma sekadar sedikit pengtahuan yang diberikan oleh Allah. Saya rasa berbangga kerana ada orang spt tok yg sudi mengajarkan kepada generasi hari ini tttg ilmu kebatinan org2 terdahulu yg makin dipinggirkan oleh orang zaman sekarang. Syabas dan teruskan niat tok itu dan saya menyokong sepenuhnya segala usaha.
tokuban78
14 Ogos 2012 at 09:16
syukran jazilan
haji mohd azman bin haji ahmad
23 Ogos 2012 at 09:16
salam tok, saya berminat utk belajar ilmu ini. harap tok blh turunkan kpd sy. sy tnggl diSeremban, umur : 62 thn, brkluarga. ada sikit masalah kesihatan. semoga Allah mmbalas jariah tok. wassalam
tokuban78
25 Ogos 2012 at 09:16
wasalam, x usahlah bertok dgn saya kerana tuan sepangkat dgn arwah ayah saya..saya sudi menurunkannya kpd tuan..tp masalahnya kita saling berjauhan..ilmu sukar difahami jika tidak besemuka..insyaallah kita cari jalannya nanti,.
Abumujahid Al Kelantani
2 September 2012 at 09:16
Isteri saya org tok uban… tok uban pula kat mana?
tokuban78
2 September 2012 at 09:16
saya ore kb
amir arizan
2 September 2012 at 09:16
salam, knal x sheikh indra putih haqul kalamullah? jika d izinkan ALLAH, britaulah saya
tokuban78
4 September 2012 at 09:16
x kenal
white tiger
29 April 2013 at 09:16
kb kaw mana boh?ore tuo kito minx ltg tnyo pasal nafas 41..tlg jelaskn..
tokuban78
29 April 2013 at 09:16
RESMINYA ADAB DI ATAS ILMU