RSS

AL-MARJAN

01 Jul

Marjan (مرجان) berasal dari karang laut, bahasa Inggeris menyebutnya Coral (كورال). Umum mengenalinya sebagai batuan akan tetapi ia adalah spesis bintang. Marjan berasal dari perkataan Yunani. Marjan ada disebut dalam al-Quran.

Firman Allah Taala:

يَخْرُجُ مِنْهُمَا اللُّؤْلُؤُ وَالْمَرْجَانُ (٢٢) سورة الرحمن
Ertinya: Dari keduanya keluar mutiara dan marjan.

Kata Al-Alūsī: Mutiara itu yang kecil-kecil dan yang besar adalah marjan.

كَأَنَّهُنَّ الْيَاقُوتُ وَالْمَرْجَانُ (٥٨) سورة الرحمن
Ertinya: Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.

Batu Marjan terbaik ialah Coral Rubrum (مرجان الربروم) yang meliputi pelbagai warna iaitu putih, kuning, merah muda, merah gelap dan biru. Adapun marjan berwarna hitam keemasan dinamai Coral Nagrum atau Nagur (مرجان النجروم). Banyak terdapat di pesisir laut India, Autralia dan Lautan Pasifik. Batu ini amat rapuh dan untuk mencanainya memerlukan kepakaran.

Diketahui bahawa batu marjan atau karang laut ini adalah spesis hidupan yang dilindungi kerana ia tergolong dalam kumpulan terumbu karang. Kepupusan dan kemusnahan terumbu karang akan mengganggu ekosistem hidupan laut. Namun apa kami temui dan dijual bukanlah diambil dari dasar laut melainkan dijumpai kerana terdampar di pesisir pantai dan ditemui dalm bentuk serpihan.

Adapun kelebihan batu ini kepada pemakai yang paling aula ialah kerana ia disebut di dalam al-Quran. Faedah lain ialah membaiki perjalanan darah, penyakit susah nak tidur, memberi ketenangan, menguatkan jantung, menguatkan rahim, penyakit hemophilia, kemandulan dan sebagainya. Kelebihan ini bukanlah suatu perkara syirik akan tetapi ia adalah disebut sebagai kelebihan semulajadi (الخواص الطبيعية). Kelebihan semulajadi ini diberikan oleh Allah Taala sama seperti kelebihan buah limau contoh memberi kesegaran bila memakannya. Syirik berlaku apabila kita menyakini batu ini berkuasa sepenuhnya sedangkan sepatutnya ia ada kelebihan apabila Allah mengizinkan, sama juga minum air sejuk dapat menghilangkan dahaga tapi kuasa bukan terletak pada air sejuk, kuasa terletak pada Allah namun sifat tabi’e air sejuk memang menghilangkan dahaga. Jadi hendaklah dipahami perkara ini sedalam-dalamnya sebelum menuduh orang syirik tak tentu pasal.

Batu ini kalau diletak di perut dalam memperbaiki usus dan memudahkan penghadaman serta membaiki aktiviti di dalam perut. Kalau dibuat kalung dapat menguatkan tubuh sehingga mampu menangkis hantaran sihir kepada si pemakai, sumber ini tidak dipastikan kebenarannya . Wallahua’lam.

SUMBER : ALTALHAQ.BLOGSPOT.COM

About these ads
 
7 Komen

Posted by di 1 Julai 2011 in Maklumat

 

Label:

7 responses to “AL-MARJAN

  1. Ummu Humaira

    5 Julai 2011 at 09:16

    Coral… baru tahu… artikel yg sgt menarik dan bermakna… syukran….

     
    • tokuban78

      6 Julai 2011 at 09:16

      afwan wahai paduka yang mulia.

       
  2. mistikborneo

    1 Ogos 2011 at 09:16

    as salam tok dan para pgunjung…
    alhamdulillah dpt info bguna..

     
  3. mariah

    1 Februari 2012 at 09:16

    terima kasih di atas artikel di atas.

     
  4. Haji Awang

    23 April 2012 at 09:16

    Assalamualaikom Tok.
    Saya minta izin untok print artikal mengenai MARJAN di atas dan juga mohon untok rujukan saya dan untok di sebarkan kapada sahabat2 dan juga untok pengetahuan keluarga saya.

    Saya juga ingin mengetahwi ada lagi kah setok MARJAN ini Tuan, dan di mana saya bolih membeli nya.

    Wassallam,
    HAJI AWANG.

     
    • tokuban78

      24 April 2012 at 09:16

      wasalam haji, silakan lah, stoknya tak ada..sy ada sebiji koleksi marjan gred A,skali lihat mcm batu delima merah. kawan saya belikan di mekah semasa menunaikan hj…klu ada kwn2 yg nak naik kemekah nanti boleh lah kirim.di sana senang nk dpt yg ori dan yg terbaik.

       

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 96 other followers

%d bloggers like this: