RSS

Isim Bikhafi @ Doa sahabat empat

09 Mac

Inilah isim-isim buat memasung sekelian lidah-lidah dan bagi mengadap raja-raja dan orang besar. Maka barangsiapa yang takut akan mereka itu dan membaca ia akan isim-isim ini, nescaya lepas ia jikalau adalah ia di bawah pedang sekalipun. Jika dibaca isim ini pada pintu penjara, nescaya tiada masuk padanya oleh seorang pun.
Barangsiapa yang masuk atas suatu kaum yang keras atau zalim, lalu membaca ia akannya, maka bahwasanya melihat ia daripada mereka itu akan kasih sayang. Adalah isim-isim ini merupakan penjaga daripada tiap-tiap yang di benci insya-Allah Taala.

بسم الله الرحمن الرحيم
بخفى لطف الله بلطيف صنع الله بجميل ستر الله ببديع عفوالله بسريع كرم الله باغاثة جود الله بألف ألف لاحول ولا قوة الا بالله دخلت فى كنف الله وتمسكت بكتاب الله واستجرت برسول الله صلى الله عليه وسلم بدوام ملك الله ببقاء ملك الله بلا حول ولا قوة الا بالله بياه ٢ أهيل ٢ أهياش ٢ حجبت نفسي بحجاب الله ومنعتها بآيات الله وحصنتها بالآيات والذكر الحكيم بحق من يحى العظام وهى رميم جبريل عن يميني وميكائيل عن يساري واسرافيل من خلفي وسيدنا محمد صلى الله عليه وسلم أمامي وعصا موسى فى يدي فمن رآني هابني (أطاع أمري) وخاتم سليمان على لساني فمن تكلمت معه قضى الله حاجتي ونور يوسف على وجهي فمن رآني أحبني والله من ورآئهم محيط بل هو قرآن مجيد فى لوح محفوظ وهو المستعان به على أعدآء لااله الا الله الكبير المتعالى وصلى الله على سيدنا محمد النبى الأمى وكاشف الغم وعلى آله وصحبه وسلم تسليما كثيرا والحمد لله رب العالمين

Kaifiat gunanya :

1- Adapun untuk pengadang, maka hendaklah bacanya tiap kali kemudian daripada sembahyang sebanyak tiga kali.
2 – Untuk penggerun pula, maka hendaklah diulang-ulangkan ( Wa aso musa fi yadi paman roani haabani ) tujuh kali.
3 – Untuk pengasih atau pemanis muka, di ulang-ulangkan ( Wa nuuru yusufa ala wajhi paman roaani ahabbani ) sebelas kali.
4 – Jikalau berkehendakkan tunai dan qabul hajat kita, maka di ulang-ulangkan ( Wa khatamu sulaimana ala lisani paman takallamtu maahu qadallhu hajati ) sebanyak 21 kali. Insya-Allah.
5 – Tatkala bertemu dengan seteru, maka bacalah doa ini sekali lalu hentakkan tumit kaki ketanah tiga kali, insya-Allah tiada dapat bergeraklah mereka itu. Wallahu a’lam.

About these ads
 
26 Komen

Posted by di 9 Mac 2010 in Uncategorized

 

Label:

26 responses to “Isim Bikhafi @ Doa sahabat empat

  1. Yenco

    31 Ogos 2011 at 09:16

    Tok Uban,

    Assalammualaikum… Jikalau boleh izinkan dan ijazahkan saya utk beramal kan doa Isim Bikhafi ini… Terima Kasih Tok Uban

     
    • tokuban78

      3 September 2011 at 09:16

      waalaikumussalam. isim ni kena ijazah khas secara talaqi musyafahah.

       
      • Yenco

        4 September 2011 at 09:16

        Kena tunggu lagi makna nyer… dlm hati (sabar sabar sabar) Terima Kasih TokUban

         
      • tokuban78

        4 September 2011 at 09:16

        KENAPA ANDA BERMINAT NAK AMALKANNYA?

         
  2. Yenco

    5 September 2011 at 09:16

    Sungguh berminat TokUban… =) Tapi oleh kerana kedudukan saya buat masa skrang yg jauh ini terpaksa menanti apabila kepulangan ke tanah air…

     
    • tokuban78

      6 September 2011 at 09:16

      tak pe pulang nanti mari lah jumpo ambo.

       
  3. ari

    21 November 2011 at 09:16

    syahadat sahabat empat itu, seperti apa ?

     
  4. sukabumi

    21 Februari 2012 at 09:16

    assalamu’alaikum tok…subhanaallah diantara amalan pakaian diri yang terbaik..

     
    • tokuban78

      21 Februari 2012 at 09:16

      WALAIKUMUSSALAM…YA, SAYA SENDIRI SENTIASA MEMBACA DOA INI.

       
  5. abu daud ibrahim

    28 Julai 2012 at 09:16

    assalamualaikum,,, saya berminat nak mengamalkan doa empat shabat ni,,
    dimana saya dapat berjumpa dengan tok?

     
    • tokuban78

      29 Julai 2012 at 09:16

      waalaikumussalam, abe daud asal mane ? sy org kb..skang saya d serawak..hujung thn balik kampung..insyaallah bleh jumpa.

       
  6. abu daud ibrahim

    29 Julai 2012 at 09:16

    saya asal NS,, sy tgl KL,.adik sy ada tgl di Penglkn Cepa.Insyallah hujung thn ni kter jmper di KB.

     
  7. abu daud ibrahim

    29 Julai 2012 at 09:16

    buat mkluman Tok Uban sy slalu baca doa ni lps solat supaya lncar dn hafal boleh kn Tok Uban?

     
    • tokuban78

      29 Julai 2012 at 09:16

      isim bikhafi ni adalah sejenis hizib. mengikut syaratnya ia tidak boleh dibaca sebarangan. mesti berijazah. oleh kerana kita berjauhan…setelah tuan sudah hafal dan lancar bacaanya, nanti hubungi sy untuk cek bacaannya

       
  8. abu daud ibrahim

    31 Julai 2012 at 09:16

    assalamualaikum,, bagaimana saya nak hubungi Tok Uban, boleh bg no hp disini atau emailkan kepada saya : abudaudibrahim@yahoo.com

     
  9. che sulaiman ahmad

    16 September 2012 at 09:16

    mtk diijazahkn..cmne nk baca ni tok uban?xde huruf cm al quran ke?

     
  10. zaid zaidun

    4 Disember 2012 at 09:16

    assalamua’laikum….allahu akbar,yaa syeikh….Dr.prof.Harun Din menghuraikan satu ayat dalam doa ini syeikh(Jibril di kananku,Mikail di kiriku,israfil di belakangku,sayyidina muhammad di depanku),dengan katanya “mereka ini tak der kerja lain ker duk jaga hang,doa macam nie adalah tak betul”mcmana tu syeikh,tokoh ahli perubatan mengatakan sedemikian,masya’ allah

     
    • tokuban78

      6 Disember 2012 at 09:16

      wasalam ya tuan habib. adakah benar huraian ini dr beliau? atau silap faham ke apa ker? doa ini dr awal hingga akhir adalah berbentuk “tawassul”. tawassul adalah dibolehkan. puak wahabi mengharamkan tawassul. jika kita nak persoalkan berkaitan “(Jibril di kananku,Mikail di kiriku,israfil di belakangku..” panjang citernya..cuma nak royatnya cuba fahami makna tawassul..bukan kita minta demo ni mari jaga kita tapi kita bertawasul dgn mereka kpd Allah taala supaya kita selamat. doa ini dtgnya dr kaum sufi yg sasteranya cukup tinggi dan makna yg cukup dalam, adakah boleh kita faham dgn akal dan ilmu yg singkat. kata hukama ” jika tiada hazaf dan idhmar, nescaya himar pun akan memahami bahasa arab. jika nak kritik lagi hal berkaitan..cubalah tanya syeikh ahmad bin idris, pengasas thorikat ahmadiah, kenapa dia sebut perkataan tersebut dalam doanya yg masyhur dgn nama ‘hushunul muniah’? adakah seorang ulama dan juga wali Allah ini berdoa dgn doa yg tak betul?..semua org boleh beri pendapat.. tapi pendapat ore kapung mcm kita ni sape yg nak dgr dan pakai..kalu yag ade pangkat doktor ke proff ke walau benda yg dia kata tu salah ore ikut dan pakai ko guano habib?

       
  11. Ab Wahab

    7 Disember 2012 at 09:16

    Salam buat tokuban78, Saya tinggal di Dungun, terasa juga nak ketemu dgn tuan untuk minta tunjuk ajar tentang beberapa perkara. Doa di atas disebut Doa Bikhafi, versi yang saya belajar dan pegang dr arwah ayah saya dinamakan Doa Tashir. Pembukaan doa sama cuma ada bacaan yang tiada dalam baris tertentu. Pohon penjelasan tuan sekira kita bertemu. Saya sekarang bercuti kerana sekolah dah cuti. Jika tuan boleh menetap tarikh dan tempat pertemuan saya insya-Allah akan ke KB untuk tujuan tersebut, wassalam.

     
    • tokuban78

      9 Disember 2012 at 09:16

      WASALAM sy ni susah kit nak buat temujanji. klu kebetulan tuan berkunjung ke kb, sy akan usahakan pertemuannya insyaallah.

       
  12. che sulaiman

    9 Disember 2012 at 09:16

    to uban ad no fon?kalo blh sy nk mtk ijzah kt kb trus sbb umh sy kt pasir puteh jah

     
  13. Bambang Hermanto

    4 Jun 2013 at 09:16

    Asslamu a’laikum…
    blh kh saudaraku mengijazahkanNya pada Saya.

     
  14. izham

    1 Jun 2014 at 09:16

    assalamulaikum tok uban,,saya nie dari kb..saya hendak mintak ijazah dgan tok uban hizib kaf40 bole x?? sbb hizib kaf40 yg saya ambik dgn ayah sy..sy xley bca pnas,,apakah itu kerana saya tidak lyak atau ayah saya tidak mampu untuk mengijazahkan tu tok?

     
    • tokuban78

      3 Jun 2014 at 09:16

      wasalam, nak kata tak kena tu. kena chek dulu lah kot ado salah baris ko lagu mana. ambo ado di kb loni.

       
  15. fira

    8 Oktober 2014 at 09:16

    assalamualaikum, ilmu thorikat tu ape?

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 103 other followers

%d bloggers like this: